...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Saturday, July 05, 2014

Tempat Shopping Baju Raya di Kuala Lumpur dan Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Di mana tempat shopping baju raya di Kuala Lumpur dan Selangor ni? Bila bercakap pasal shopping baju raya, sudah pasti baju yang akan dibeli adalah Baju Kebangsaan seperti baju kurung, baju kebaya, tudung, baju melayu, Jubah, Songkok dan yang sewaktu dengannya. Kalau setakat baju budak-budak, berlambak ada di shopping Mall biasa seperti Sogo, One Utama, Aeon, Pavilion, Lot 10 dan sebagainya.

1. Ampang Park

Tempat pilihan noe untuk membeli baju-baju raya adalah di Ampang Park. Memang banyak sangat pilihan dan memang akan rambang mata. Kelengkapan baju raya untuk lelaki pun ada dijual di sini. Noe kalau pergi sini memang berjam-jam dan kebiasaannya Bob bagi noe pusing-pusing sorang diri dulu. Bila noe dah buat pilihan baru panggil dia...tukang keluar duit :)


Ampang Park
Ampang Park - Sumber Gambar

2. Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR)

Jalan TAR merupakan tempat pilihan warga kota untuk membeli belah. Mereka dari luar kota juga akan membeli belah di sini. Kalau sesiapa yang tinggal di luar Kuala Lumpur dan sekali sekala datang sini, Jalan TAR merupakan destinasi wajib. Ketika bulan Ramadhan terdapat ramai yang berniaga di sekitar jalan ini. kedai-kedai ini pula akan dibuka sampai pukul 2/3 pagi. Macam-macam boleh dibeli disini. Di sekitar Jalan TAR ini juga terdapat shopping mall seperti Kamdar, Globe, Gulatis dan macam-macam lagi. Noe pernah berjalan disini sekitar pukul 1 pagi dan suasana ketika itu memang seperti siang, masih ramai yang keluar membeli belah ketika itu. Tempat ini juga menjadi tumpuan ramai ketika malam sebelum raya kerana ketika itu peniaga akan membuat jualan murah. 

Jalan Tuanku Abdul Rahman
Jalan TAR - Sumber Gambar
3. Jalan Masjid India

Jalan Masjid India ini berdekatan dengan Jalan TAR, peniaga yang berniaga bersambung dari Jalan Masjid India sampai ke Jalan TAR. Seperti di Jalan TAR, ketika Ramadhan terdapat banyak gerai-gerai di buka di kawasan sekitar jalan ini. Kesibukan Jalan Masjid India sama seperti Jalan TAR. Orang berpusu-pusu membeli belah. Di sini juga terdapat shopping mall "Semua House", di Jalan Bunus, boleh juga membeli belah di sini cuma pilihan mungkin tidak banyak.


Masjid India Street
Jalan Masjid India - Sumber Gambar
4. Kompleks PKNS Bangi

Kawasan Bangi juga merupakan kawasan tumpuan untuk membeli belah ketika menjelang hari raya. Kompleks PKNS Bangi merupakan salah satu tempat tumpuan bagi penduduk yang tinggal di sekitar Bangi. Kalau tengok gambar di bawah ini, suasana macam tenang jer, tapi suasana sebenar ketika bulan Ramadhan memang berbeza, penuh manusia di situ, peniaga pun penuh. Pilihan memang banyak. Di samping PKNS Bangi ni, terdapat juga lot-lot kedai sekitar Bangi yang menawarkan pelbagai pilihan kepada pembeli. Kebanyakan peniaga di Bangi ini merupakan peniaga bumiputera. Penduduk sekitar Bangi dan Kajang dah tak perlu ke Kuala Lumpur sebab di sini pun dah banyak pilihan.



PKNS
PKNS Bangi - sumber gambar 

5. Kompleks PKNS Shah Alam

Kompleks PKNS Shah Alam ni noe memang tak pernah jejak tapi menurut kawan-kawan noe di sekitar Shah Alam, tempat ini juga merupakan tumpuan orang ramai untuk membeli belah menjelang hari raya. Rasanya suasananya mesti lebih kurang PKNS Bangi. Pelbagai barang jualan terdapat di sini, bukan sahaja baju raya, makanan seperti rendang dan biskut raya juga ada dijual disini.  

KOmpleks PKNS
PKNS Shah Alam - Sumber Gambar 

6. Metro Kajang 

Salah satu tempat yang noe biasa pergi, ianya berdekatan dengan rumah noe. Kalau malas nak terjah ke Kuala Lumpur tu, noe cari je di sini. Bila masa Ramadhan, peniaga bukan sahaja penuh di dalam plaza ni, malah di luar pun penuh. Kalau noe nak pergi ke sini di bulan Ramadhan, pukul 10 pagi noe dah terpacak di situ. Malas nak bersesak dengan ramai manusia. Kalau pagi tu orang masih kurang. Boleh pilih dengan aman. 
Plaza Metro Kajang
Plaza Metro Kajang- Sumber Gambar

Inilah antara 6 tempat yang boleh kita tuju untuk membeli kelengkapan menyambut hari raya.  Noe pasti banyak tempat-tempat lain yang boleh kita pergi. Selamat bershopping semua. 


26 comments:

  1. woww bestnyaaa shopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Mursyid ni dah shopping baju raya ke belum ? hehehe

      Delete
  2. Ana pernah pegi pkns shah alam. Ya rabbi penuh. Sesak lak tu. Tp situ choice dia tak kene ngan citarasa ana. Ana selalu gi the store sg buloh je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo....tu yg malas tu klu sesak sangat...ooo kat mana2 pun x kisah...janji kena citarasa..kan ana..

      Delete
  3. Nice sharing. Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

    Jalan-jalan bw malam dari segmen blogwalking sis mia liana :)

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (ˆ⌣ˆԅ)


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Khalis... terima kasih singgah sini...nanti sis ke sana yer...

      Delete
  4. Best la kat sana banyak pilihan utk shopping kelengkapan raya.. jenuh rambang mata la nak pilih yg terbaik kan.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah mrs secretary...pening gak nak pilih :)

      Delete
  5. Sblum ni saya lebih gemar ke kompleks pkns shah alam berbanding jalan Tar.. tak bernafas klu shopping kat jln tar tu huhu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah Khir...hehehe...mmg sesak yg amat kat jalan tar tu... :)

      Delete
  6. salam noe ...
    wahhh ... dah cerita shopping yer ..
    semalam aby buat kerja diUITM shah alam ..
    pintu masuk dia diseksyen 7 tu betul2 di hadapan Jackel Shah Alam ..
    kt jalan tu dah sesak dengan kenderaan ..
    gara2 dah menyerbu Jackel ..
    klu raya lepas baju melayu Aaron Aziz ..
    thn ni ditambah dengan Zizan Razak plak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aby..
      ada sale agaknya di jackel tu..tu yg kena serbu...
      wahhh aby pun trend terkini..hehehe...aby beli baju melayu terkini ke??

      Delete
  7. singgah dan follow sini dari blog mialiana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih husna singgah sini...nanti noe ke sana yer...

      Delete
  8. Teringin nak pergi Ampang.....mcm best jer Noe....tempat lain tu selalu gak okje ronda time nak Raya hehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tak teringin tu...apa lagi OKje...terjah je la

      Delete
  9. hmmm...momoy beli on9 je dear
    huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg beli on9 je momoy...sis ni takut x muat baju tu...tu yg kena rasa rasa gak kain tu.. :)

      Delete
  10. pkns shah alam sangat meriah.. bersesak-sesak juga sebab banyak stall yang dibuka. kalau bawa anak kena pegang elok-elok sebab kemungkinan hilang tu memang tinggi sebab orang yang sangat ramai.. done follow here :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ramai nadia...lagi pun banyak pilihan...betul tu...kalau bawa anak2 kena jaga betul2..terima kasih...nanti noe ke sana plak yer

      Delete
  11. blogwalking here nak survey baju raya

    ReplyDelete
  12. Dah tempah baju anak dara tapi x tau la siap ke x. Klw x siap kena pi cari yg ready made la.

    Ada lagi satu tempat yg akk x masukkan iaitu kenanga wholesale city. Situ pun byk jgak kalau nak shopping kan.

    Teringin nak pi pkns bangi. Tp x tau jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin juga ana menempah yer...akak biasanya beli ready made je...

      ooo kat situ pun banyak yer...nanti leh g survey sana lak...

      ada waze skang ni ana...guna waze je :)

      Delete
  13. Salam Ramadhan Noe....
    Jalan TAR tu teringin nak pergi tp pakcik tak nak bawak, jem katanya huhu.... Noe dah siap ke baju Raya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan OKje...mmg jem OKje...nak pegi naik LRT je...belum lagi... :)

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena