...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, September 19, 2014

Bagaimana Membuat Pembentangan/Presentation Yang Bagus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sumber Gambar

Idea untuk membuat tajuk ini timbul apabila anak noe, Ali ingin membuat persediaan untuk pidato dalam BI, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu di kelas beliau. Noe pula membuat presentation/pembentangan di tempat kerja sebanyak 2 kali sebulan. Ali bertanya bagaimana nak buat pembentangan yang bagus. Di sini noe sediakan beberapa tips bagaimana untuk menghasilkan kesan yang bagus kepada pendengar.

1. Praktis

Perkara yang paling utama bagi memastikan pembentangan berjalan lancar adalah PRAKTIS PRAKTIS PRAKTIS. Bagi mereka yang belum pernah membuat pembentangan, memang akan merasa sukar. Perasaan gemuruh akan datang, hasrat ingin ke bilik air akan bertambah. Bagaimana ingin mengelak perkara sebegini dari berlaku? Praktis banyak membantu dalam melancarkan perjalanan pembentangan. Praktis yang banyak mampu memberi keyakinan dalam diri. Praktis boleh dilakukan di hadapan ahli keluarga, di hadapan cermin atau boleh juga merakam pembentangan tersebut. Ianya mampu mengenalpasti kelemahan pada pembentangan tersebut. Praktis juga mampu mengenalpasti berapa lama masa yang kita akan ambil untuk pembentangan tersebut. Praktis juga mampu mengelak kita dari mengalami kejadian "blank" dimana tiba-tiba hilang segala point yang ingin diperkatakan.

2. Berinteraksi Dengan Penonton

Seseorang pembentang yang bagus mestilah mampu untuk berinteraksi dengan penonton. Berdasarkan pada tajuk pembentangan, pembentang hendaklah mencari idea/topik yang ingin ditanya pada penonton. Mungkin boleh meminta pendapat penonton. Apabila pembentang sahaja yang bercakap, ada kemungkinan boleh membosankan penonton.Contohnya jika tajuk pembentangan berkenaan dengan Keburukan dan Kebaikan Facebook, Pembentang boleh bertanya penonton, Siapa yang mempunya akaun facebook,?,sila angkat tangan. Siapa yang biasa bermain games di Facebook? Soalan-soalan yang ditanya mestilah berkaitan dengan tajuk yang dibentangkan.

3. Alat bantuan seperti Microsoft Powerpoint

Alat bantuan seperti Microsoft Powerpoint amat membantu Pembentang dalam menyampaikan pembentangan. Ianya memudahkan Pembentang untuk mengingati topik yang akan dibincangkan. Namun demikian, elakkan mengunakan ayat yang panjang dalam Powerpoint dan juga elakkan menggunakan font yang kecil dalam Powerpoint. Seelok-eloknya hanya point yang penting sahaja yang dipaparkan dan font yang sesuai dengan saiz yang sesuai. Elakkan menggunakan warna background yang terang. Gunakan warna yang lembut sebagai background dan warna tulisan mestilah bersesuaian. Didalam Powerpoint boleh juga dimasukkan elemen Video dan video tersebut mestilah bersesuaian dengan tajuk pembentangan. 

4. Cara Percakapan Mesti Jelas

Semasa menyampaikan pembentangan, suara mestilah jelas dan terang. Jangan bercakap terlampau laju dan juga jangan terlampau perlahan. Sebelum memulakan pembentangan pastikan orang di bahagian belakang mendengar suara anda. Cara bercakap juga mesti ada turun naik, jangan hanya mendatar sahaja. Semasa membuat pembentangan, mesti memandang penonton, jangan hanya memandang Powerpoint. 

5. Kenali Penonton

Sebelum memulakan pembentangan, kenali dahulu siapakah yang akan mendengar pembentangan anda? Adakah pelajar sekolah rendah? Pelajar Universiti? Golongan Korporat? Pekerja Bawahan? Surirumah tangga?. Cara pembentangan kita bergantung kepada siapa yang akan mendengar. Sekiranya pelajar sekolah rendah, cara pembentangan mestilah berbeza dengan cara pembentangan kepada golongan korporat. Sekiranya pelajar sekolah rendah, mungkin boleh masukkan unsur-unsur kartun dalam Powerpoint. Ini boleh menarik minat para pelajar untuk mendengar tajuk yang dibincangkan.

6. Fahami Tajuk Yang Dibentangkan

Persediaan yang rapi mesti dilakukan sebelum membuat pembentangan. Pembentang mesti betul-betul memahami tajuk yang akan dibentangkan. Jangan menghafal topik kepada tajuk tersebut tanpa betul-betul memahami topik yang dibincangkan. Sekiranya Pembentang betul-betul memahami tajuk yang dibincangkan, ianya akan melancarkan lagi pembentangan dan sekiranya terdapat soalan, ianya pasti akan mudah dijawab. 

7. Cara Penampilan

Cara penampilan diri amat mempengaruhi keyakinan penonton kepada Pembentang. Pembentang mesti tampil kemas, bersih dan berpakaian formal. Bagi perempuan, calitkan sedikit alat solek (sedikit sahaja, jangan berlebihan) agar nampak lebih berseri dan cantik dipandang. Pastikan juga bau badan anda tidak busuk :). Kalau bau badan busuk, pasti akan menyebabkan penonton tidak selesa.


Kepada mereka yang ingin membuat pembentangan, selamat berjaya :).


25 comments:

  1. sy mmg tiap2 thn buat presentation... gugup tak la tp idea tu yg payah sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh...kira ok la klu x gugup tu anies...cuma perah otak kasi idea lebih sikit...:)

      Delete
  2. Nice sharing kak noe. Leh dijadikan rujukan. :)

    ReplyDelete
  3. as salam noe..

    bagus2 boleh buat rujukkn kt sini....
    hrp ali jgn guguplh ye..

    yg biasa pun drh tetap gemuruh... kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak nor..

      tu la..harap2 dia x gugup..

      aah Knor...kdg2 tu masih ada berdebar2... :)

      Delete
  4. Perkongsian yg bermanfaat.. mmg betul tu sis. Thanks sharing..
    Lactacyd.. :)

    ReplyDelete
  5. nice sharing.. insyaAllah akan apply semua ni utk presentations... thank you :) salam ukhuwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhuwah wan.... u r welcome :)

      Delete
  6. Belajar dari pengalaman orang lain akan menambah baik kerja kita...

    ReplyDelete
  7. gud sharing kak.
    btw, sy tag akak untuk liebster award.
    jemput join sama dan jawab soalan sy. :)

    http://farhana-mohamad.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Farhana...nanti akak terjah sana yer...

      Delete
  8. kalo dulu tiap kali nk buat pebentangan,ms tu lah sakit perut bagai ada..kdg2 tu esok nk bentang arini dok piker dah.hahaha skrg dah ok skit maybe dah sbb kena selalu kot..tp gugup tu kdg kala ada lagi,bkn sng nk ilang.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...simptom biasa tu...hehehe...sakit perut la..nak buang air la...hehehe...betul tu Aini...bkn sng nk ilang...

      Delete
  9. Salam Noe...bagus tips2 ni...boleh diguna pkai.. sy kadang masih darah gemuruh bila nak buat presentation ni... dah tua2 ni pun kadang masig malu nak bercakap... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam atie...
      hehehe...x per atie...cakap jer...lama2 ilang la perasaan malu tu..

      Delete
  10. Pergh....mmg gabrah sungguh ni kalau kena present. Tapi tulah orang kata.....alah bisa tegal biasa, kalau banyak kali praktis sure sedikit sebanyak hilang jugak gabrah tu yer Noe. Kalau dlm BM ok lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah Okje...kalu dah selalu praktis n dah tau nak cakap apa...senang je...
      kalau BI tu...kn slow2 sikit la cakap...susun ayat...hehehe

      Delete
  11. Anonymous1:12 PM

    Salam Singgah jgk bila ada kelapangan sikit hari ni & tq terus menyokong KA yer. tq berkongsi sama yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam KA...noe pun dah agak lama x aktif BW n update blog ni...nanti kita saling terjah menerjah balik... :)

      Delete
  12. perkongsian yang bagus bagi yang nak prepare untuk presentation kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah Tihara...semoga dapat memberi panduan pada mereka semua..

      Delete
  13. tips yang bagus yang boleh kita amalkan. kadang kadang perasaan berdebar tu tiba tiba datang ketika nk present.. so, tip ni dapat membantu untuk mengatasi masalah saya ni. thanks for the sharing

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena