...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, May 13, 2015

Pelajar Dibelasah Sehingga Saluran Darah Bahagian Kepala Putus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sedihnya bila dengar berita tentang seorang pelajar Kolej Vokasional Bachok maut apabila dibelasah pelajar senior yang juga rakan mangsa di asrama kolej tersebut. 

Ianya dikatakan berpunca dari kain tuala yang disidai di kepala katil rakannya itu. Mangsa disepak di badan dan di leher dan akibat daripada sepakan tersebut saluran darah ke bahagian kepala putus. 

Bayangkan betapa kuatnya tendangan tersebut. Tak dapat nak bayangkan sekiranya perkara yang sama berlaku pada anak-anak kita. Minta dijauhkan dan sentiasalah kita berdoakan akan keselamatan anak-anak kita.

Bila tengok temuramah dengan bapa dan abang mangsa, mereka kelihatan amat tabah. Takziah buat keluarga mangsa dan semoga arwah Mohd Nor Akram Zime, 16 tahun ditempatkan di kalangan insan bertakwa. Semoga keluarga arwah tabah dalam menempuh dugaan ini.

Suspek telah pun ditangkap dan siasatan masih dijalankan oleh pihak polis. 

Sumber Gambar

9 comments:

  1. Yg dh pergi tu ajal dh sampai..cuma cara kematian agak tragic. Yg hidup ni..yg bunuh tu..tak tahulh nk gmbrkn perasaan, seluruh ahli kluarga, kwn2...tak berniat nk bunuh tu..mungkin...nafsu di kuasai iblis jadilh mcm tu..mungkin cara kejahatan yg dia bt tu cara Allah nk bg hidayah pd dia atau keluarga dia..

    Mana tahu punca kejadian ni mungkin dr parent..kadang Allah uji kpda anak2...sbnrnya mak bapak yg berdosa..

    tu sebab penting sgguh pemimpin yg bijaksana di rumah..
    ini pandangan knor saja semua tu ujian..disebalik ujian ada hikmahnya...

    Allah menyayangi semua hambaNya.
    Allah tahu mereka mampu utk menghadapi semua ujian ini.

    semoga mereka tabah dn redho.
    Allahuakbar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas peringatan dan pandangan knor...ujian untuk keluarga mangsa dan juga keluarga rakan tersebut...besar dugaan untuk mereka...masing2 kita muhasabah diri...buat lah yang terbaik untuk diri kita sendiri sekaligus untuk anak2...

      Delete
  2. Allah berfirman dalam hadis Qudsi: Wahai anak adam jika kamu sabar dan mengharap ganjaran dari-Nya dengan sebab hentaman musibah ketika berlakunya, maka Aku tidak rela memberi ganjaran bagimu selain Syurga''

    ReplyDelete
  3. makin menjadi2 isu buli di sekolah..smpi membawa kpd kematian.. sy dok risau zaman2 Pae sekolah nti mcm mana lah..ya Allah, moga anak2 kita sentiasa di lindungi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la atie...menakutkan...bab kata knor kat atas tu...kita sendiri kena elak melakukan kesilapan kerana takut kesilapan yang kita lakukan akan kena pada anak2 kita...

      Ameenn.. Atie..moga anak2 kita dilindungi

      Delete
  4. alfatihah....

    ya allah...ganasnya budak2 skrg...tkt dibuatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg menakutkan anies..makin ganas budak2 skang

      Delete
  5. Kesiannya.. takziah buat keluarga & Al Fatihah buat Arwah.

    Semoga yg bersalah dikenakan hukuman setimpal.. biar dia kenal dunia ni mcm mana.. taiko ke..

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena