...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, June 24, 2016

Cery Bery Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Sejahtera

Rasanya sepanjang bulan Ramadhan ini mesti ramai yang kena cery bery ni kan. Noe dah kena sekali. Second time beli makanan di Pasar Ramadhan. Bob beli daging salai masak lemak. Banyak plak dagingnya. Rasanya ok la...ada rasa Bob kata. Bila dah ada rasa....apa lagi...pulun la kaw kaw. 


Esoknya Bob yang kena dulu. Siap dua kali balik rumah...tukar seluar...dah tercery dalam seluar...hahaha...Noe plak kena masa nak berbuka puasa...tak dapat nak bayangkan tahap sakit memulas tu...siap nangis panggil mak lagi....dah tua-tua nangis panggil mak lagi....lama juga la bertapa dalam tandas tu...berpeluh jangan dikenangkan...terus mandi je...rasa nak pitam....jari-jari pun dah mula keras....Masa kena cery bery ni...sumpah dah tak nak beli luar....tapi masa sakit tu je la...bila dah ok...beli juga kat luar...sampai rumah dah dekat pukul 7 lebih, memang tak sempat dah nak masak....alasan je noe oi....boleh je goreng telur kan...tapi takkan telur goreng je...alasan je...


Nasib baik la Aya tak makan masakan tu...dia makan masakan yang Noe masak je....so dia tak kena la cery bery ni. 


Maklumat lanjut berkenaan dengan cirit birit seperti di bawah ni. Artikel ini dari SINI


Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.

Gejala - gejala



  • Peningkatan kekerapan membuang air besar.
  • Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.
  • Terdapat angin atau kentut yang melampau.
  • Kehilangan selera makan.
  • Adakalanya demam.
  • Adakalanya terasa mual dan muntah.
  • Sakit otot. 


Komplikasi

Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk. Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
  • Kehilangan 5-10% berat badan.
  • Gelisah dan mudah tersinggung.
  • Mata terbenam.
  • Ketidakhadiran air mata.
  • Mengalami kekeringan mulut dan lidah.
  • Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
  • Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.
Pada dehidrasi yang teruk, pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
  • Kehilangan lebih dari 10% berat badan. 
  • Keletihan dan mungkin hilang sedar.
  • Mata adalah terlalu terbenam.
  • Ketidakhadiran airmata.
  • Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
  • Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
  • Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali. 
  • Kekurangan jumlah air kencing.


Punca-punca cirit-birit



  • Meminum air yang tercemar.
  • Memakan makanan yang tercemar.
  • intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
  • Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba. 


Punca-punca kronik

Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti : 


  • Penyakit  gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
  • Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
  • Penyakit-penyakit usus. 
  • Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa 
  • Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
  • Kecacatan penyerapan
  • Selepas pembedahan
  • Fistula dalaman
  • Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
  • Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
  • Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
  • Kanser
  • Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik. 
  • Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
  • Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu dan salur gastrousus.
  • Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tract condition, appendicitis etc.
  • Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
  • Organic neurological diseases –e.g. intracranial disease. 


Apa yang dapat dilakukan oleh anda

Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.


  • Minum banyak air.
  • Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
  • Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
  • Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau pisang yang dimasak.
  • Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk dihadam.
  • Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding dengan doktor anda.
  • Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda. 
Bayi
  • Teruskan penyusuan bayi.
  • Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral 
  • selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.
  • Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
  • Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
  • Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah,      atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis. 



Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan



  • Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dll.
  • Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral.
  • Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan
  •  organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.
  • Ingatlah bahawa walaupun cirit-birt dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.
  • Tabiat kebersihan makanan yang baik.
  • Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum menyediakan dan mengendalikan makanan.
  • Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas.
  • Sediakan makanan di kawasan yang bersih. 
  • Tudungkan makanan yang telah dimasak.
  • Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.
  • Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.



11 comments:

  1. Sbb tu sy g bazar 1st ramadan je. Slbh nyer msk or beli kt kedai...

    Syafakallah...

    ReplyDelete
  2. salam noe ..
    geli hati baca psl cery bery dlm sluar tu.
    jadi kt aby juga dlm bulan puasa ni ..
    kira hari ini dlm sejarah, berlaku dgn pntas ..
    nasib baik masa menyembur tu dan kt tandas dlm rumah ..
    klu kt luar.. aduihhh.. mahu haru jadinya ..
    hihi

    ReplyDelete
  3. Memang bahaya la makanan beli ni..tp dh kerja ni tak daya la kan terpaksa juga beli.nasiblah klu dah kena keracunan tu.nasib baik tak apa2..cirit birit je kan

    ReplyDelete
  4. Cery bery ni mmg tak tahan sakit memulas tu Noe..
    Alhamdulillah tak smpi tahap keracunan mknnn kan..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah belum kena lagi ceri beri nie.. ehehe

    ReplyDelete
  6. Selalunya berpunca dari air atau makanan yg masak tak betul rasanya... wallahualam. Saya penah kena puasa tahun lepas... aduii siksa...

    ReplyDelete
  7. Risiko kena bukan sebab membeli di bazar aje Noe
    Kadang masak sendiri pun kalau dah nak terkena tetap kena juga
    Kakak hari itu pun kena sampai lembik dibuatnya hanya kerana makan roti john. Ujian di bulan ramadhan sebenarnya..

    ReplyDelete
  8. salam singgah & follow..siannya

    ReplyDelete
  9. Haha... tu taubat org mengandung namanya Noe ....
    Perut kosong pas tu makan pulak lemak cili padi gitulah kot jadinya...

    ReplyDelete
  10. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  11. itu sbb x suka beli juada di bazar ramadhan..x bersih..ada sekali adik g beli kueh..x boleh nk makan..BASI!!! pastu mmg masak je kat umah

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena