Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Minggu ni minggu peperiksaan buat semua pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR. UPSR merupakan salah satu peperiksaan besar yang diduduki oleh pelajar di Malaysia selain daripada PT3 atau dulu dikenali sebagai PMR/SRP dan juga SPM/STPM. Ini bagi sekolah rendah sahaja belum masuk sekolah agama seperti peperiksaan UPKK/PSRA dan juga 4 Thanawi.
Apabila anak-anak menduduki peperiksaan besar, mak ayah merupakan orang yang paling risau atau yang paling excited. Masing-masing nakkan keputusan yang terbaik dari anak-anak mereka. Ada mak ayah yang mengambil cuti seminggu sempena minggu peperiksaan ni. Ini mesti nak beri sokongan pada anak-anak. Yang mana anak-anak duduk balik dari sekolah naik van, tak perlu naik van sebab mak ayah yang akan jemput dan yang mana anak-anak balik rumah pengasuh, tak perlu ke rumah pengasuh kerana mak ayah ada dirumah. Bagus macam ni.
Semalam kawan cerita, kalau selama ini kawan (lelaki) noe yang hantar anak ke sekolah, hari pertama peperiksaan, isteri dia dah bangun awal-awal, siap awal-awal, isteri nya yang nak hantar anak ke sekolah. Excited katanya. Ini lah naluri mak-mak. Mereka yang terlebih risau mengalahkan anak-anak yang menduduki peperiksaan tu. Kalau boleh mau tengok anak-anak mereka di tepi tingkap dewan peperiksaan tu tak pun duduk sebelah anak tu. Ayah pun risau juga tapi tak setanding dengan mak. Kawan noe ni pun risau tapi dia risau tengok anak nya relax je...tak belajar sangat...hehehe.
Bila anak dah keluar dari dewan peperiksaan...
soalan pertama : macam mana? boleh jawab?
soalan kedua : agak-agak boleh dapat A tak? hehehe
lepas tu baru la cakap..."Ok la..janji dah buat yang terbaik"
Rasanya kita dulu masak kecil pun macam tu kan...mak ayah membebel suruh belajar tak henti-henti...kita buat dek jer... hehehehe...noe la tu...sekarang baru rasa macam mana perasaan mak ayah kita dulu-dulu. Kita sebagai mak ayah hanya mampu berdoa dan yang mana mampu kita tolong...kita tolong. Rasanya mak ayah dulu tak seteruk mak ayah sekarang...noe dulu tak pernah minta tolong mak ayah dalam bab2 pelajaran ni...semua belajar sendiri. Mak ayah sekarang kena jadi cikgu kat rumah...macam-macam soalan anak-anak tanya...sudahnya mak ayah kena belajar sekali..hehehe...itu noe la...tak tau la orang lain.
Apa-apa pun...
Selamat Berjaya untuk anak-anak dan adik-adik semua.
Betullah Noe bila dah jadi mak-mak ni baru tahu apa harapan mak-ayah kita dulu
ReplyDeleteTapi masa kita dulu tak tough macam budak sekarang. Kita dulu tak belajar sangat masih dlm kategori budak pandai - sekarang ni kalau tak belajar memang ke bawahlah jawabnya.
Hari ni peperiksaan upsr berakhir... semoga berjaya dgn cemerlang hendaknya... aamiin.. :)
ReplyDelete