Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
29hb Oktober 2016 yang lepas telah berlangsung Majlis Pertunangan anak buah noe, Wahidah dengan pasangannya, Kamarul di kampung noe di Sungai Siput Perak. Mereka ni dah lama berkawan sejak di kolej lagi, jadi memang elok lah diikatkan dulu dengan satu ikatan.
|
Perbincangan Sedang Berlangsung |
|
Salah Satu Hantaran Pihak Lelaki |
Noe tak dapat nak balik awal. Balik kampung pada hari Jumaat, sebelum sampai ke kampung, melencong dulu ke Teluk Intan, jumpa Abang Ali. Abang Ali ada aktiviti White Water Rafting di Kuala Kubu Bharu bermula pada hari Sabtu ...hari yang sama anak buah bertunang. Rindu pulak pada dia. Jumpa pun pada pukul 4.30 lepas dia habis kelas. Sekejap je jumpanya...tak apa la..janji dapat jumpa...pesan apa yang patut. Lepas tu baru gerak terus ke kampung. Sampai kampung pun dah lepas waktu Maghrib. Bila sampai sana...diaorg dah sibuk memasak.. ada yang sibuk memasak dan ada yg sibuk dengan gubahan hantaran.
|
Nak Di Beri Pada Pihak Lelaki... |
Kakak bercadang nak buat majlis yang ringkas je tapi bila noe sampai di kampung, siap dengan khemah dan pelamin. Ini dah tak simple.. :)....meriah sangat je rasanya. Kakak dari Johor pun dah sampai...seronoknya dapat jumpa adik beradik..sanak saudara...boleh gelak sakan....Malam tu...pelamin baru dipasang...gubahan pun masih ada yang buat ... hantaran2 tu ada yg diberi oleh kawan-kawan anak buah dan kawan2 kakak....banyak jadi nya...
|
Hasil Gubahan Kawan Wahidah |
Pagi sabtu tu...subuh dah sibuk di dapur...memasak...semua bangun awal. Noe bangun paling lambat hehe..pukul 6.00 pagi baru sedar...sedar2...semua dah bangun dari tidur...mak ai...awalnya dah mula...pukul 5 pagi dah mula kata diaorg...bila dah ramai ni...cepat la siap nya...
|
Hantaran Dari Pihak Lelaki |
Pihak lelaki sampai selepas waktu zuhur. Ikut cadangan asal, pihak lelaki sepatutnya sampai dalam pukul 12.30pm, memandangkan hujan lebat, jadi pihak lelaki sampai agak lewat. Jadi pihak kami menyediakan makan tengahari dan juga kuih muih yang mana semuanya dibuat sendiri. Ada juga kuih-kuih yang diberi oleh mak saudara. Tapi gambar makanan lupa la plak nak ambil...
|
Mak Kamarul |
Perbincangan telah berlangsung dan kata sepakat telah diambil dan mereka akan diikat selama setahun sebelum majlis pernikahan dilangsungkan.
|
Hantaran Dari Pihak Perempuan |
|
Dah Bertunang |
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya. Terima kasih buat semua kaum keluarga yg menjayakan majlis ini dan juga terima kasih buat Ira dan Nita seisi keluarga sebab banyak membantu sepanjang majlis ini berlangsung.
Tahniah buat Kak Ngah (Wahidah) dan Kamarul. Jangan gaduh-gaduh sangat ok.
slmt bertunang... darah manis niii ;-)
ReplyDeletedarah manis ni la kdg2 mcm2 dugaan...
DeleteSelamat bertunang Kak Ngah dan Kamarul...
ReplyDeleteMoga jodoh kesampaian.
Bila adik beradik dapat berkumpul cenggini mmg tambahlah meriahnya kan Noe.
Aminn...
DeleteAah OKje...mmg meriah ..meriah bersembang le yg byknya...