...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Sunday, December 25, 2016

#MyTravelokaEscapade: Percutian Percuma Ke Langkawi Dari Traveloka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

LANGKAWI?? Apa ada di Langkawi? Bila sebut pasal Langkawi ini korang jangan ingat noe sedang bercuti di Langkawi. Tapi Langkawi merupakan tempat yang noe ingin lawati. Kali terakhir noe pergi Langkawi pada zaman kecik-kecik dulu. Ini bila dah tua pun masih tak sampai ke sana. Jadi kalau lah Traveloka  berbaik hati nak bagi peluang ke Langkawi...alangkah bagus nya.

Apa yang seronok di Langkawi tu? Mesti la banyak tempat menarik kan. Kalau tidak takkan lah berduyun-duyun orang pergi ke sana terutama bila masa cuti. Banyak aktiviti boleh dilakukan bila berada di sana. Bukan sahaja di darat, di laut, di bukit malah di awang-awangan (betul ke ni?? dalam Bahasa Inggeris maknanya "in the air"). Di sini noe nak beritahu, kalau la Traveloka bagi noe peluang ini...tempat pertama yang noe nak pergi...kereta yang bergerak di awang-awangan tu...

AKTIVITI DI AWANG-AWANGAN

1. Kereta Kabel

Ini salah satu tarikan di awang-awangan yang terdapat di Langkawi. Kereta Kabel Langkawi ini atau dikenali juga sebagai Langkawi Skycab ini terletak di Gunung Mat Chinchang (Jangan tanya kenapa namanya Mat Chinchang). Noe rasa teruja untuk menaiki kereta kabel ini sebab salah satu jenis kereta kabel yang boleh dinaiki adalah kereta kabel lutsinar atau dipanggil Bottom Glass Gondola. Selain dari Kereta Kabel lutsinar ini terdapat juga juga kereta kabel yang biasa dan juga yang VIP. Jadi terpulang pada pengunjung nak naik yang mana satu. Kenapa noe teruja nak cuba kereta kebal lutsinar? Noe ni ada gayat...naik roda pusing yang dekat fun fair pun boleh seram sejuk kaki..lepas tu keras tak bergerak...konon2nya nak naik kereta kebal lutsinar ni untuk lawan rasa gayat tu la...kena lawan la rasa sejuk kaki tu...jangan terkencing dalam kereta kabel itu sudahlah. Tapi tetao nak pergi juga.. Itupun kalau Traveloka izinkan.



Kereta Kabel Langkawi
Sumber Gambar 

2. Jambatan Gantung
Tempat seterusnya nak noe nak pergi bila Traveloka hantar noe ke sini ialah Jambatan Gantung. Kat Langkawi ni banyak tempat-tempat yang mula dengan SKY... jadi Jambatan Gantung di sini di panggil Skybridge. Jambatan ini digantung oleh 8 kabel yang dipegang oleh 81.5cm tiang tunggal. Nak naik ke atas ini kena la naik kereta kabel. Jambatan Gantung ini juga boleh mencabar kewibawaan noe yang gayat ni...lawan gayat to noe...jangan tak lawan. Rasanya amat rugi kalau pergi ke Langkawi tapi tak menjejakkan kaki di Jambatan Gantung ini. Ini kerana dari sini kita boleh melihat pemandangan indah Langkawi. Kalau tengok gambar-gambar yang dikongsi dalam internet memang rasa teruja dan tambah teruja bila Traveloka beri kesempatan untuk noe ke sana.

Skybridge Langkawi
Sumber Gambar


3. Parasailing 

Apa parasailing ni? Parasailing ini ada berkaitan dengan payung terjun di mana kita akan naik payung terjun dan payung terjun itu akan ditarik oleh bot. Bila bot bergerak payung tersebut akan naik ke udara...dan kita akan berada di awang-awangan...ha lagi satu aktiviti awang-awangan. Bunyi memang macam menarik kan. Rasa tak sabar nak mencuba. Di mana boleh kita lakukan aktiviti Parasailing di Langkawi ini? Aktiviti ini terdapat di Pantai CenangPantai Cenang merupakan pantai yang paling popular di Langkawi dan terdapat banyak tempat penginapan sama ada yang bajet atau pun yang eksklusif di sini. Selain Pantai Cenang, Pantai Tanjung Rhu juga ada menyediakan aktiviti Parasailing. Noe memang tak pernah mencuba parasailing ini. Mana tau Traveloka bermurah hati nak bagi noe peluang ke sini..takkan noe lepaskan peluang melakukan semua aktiviti parasailing ini.

Parasailing Langkawi
Sumber Gambar 

AKTIVITI DI LAUT

4. Snorkeling Dan Scuba Diving

Snorkeling merupakan salah satu aktiviti yang noe akan lakukan bila berada di Langkawi. Selain aktiviti di awang-awangan, aktiviti di laut juga banyak terdapat di Langkawi ini. Di mana tempat yang boleh kita snorkeling dan scuba driving di Langkawi ini? Kepada penggemar aktivitit di laut dan suka melihat keindahan hidupan laut boleh pergi ke Pulau Payar Marine Park. Pulau ini memang kaya dengan hidupan laut dan dikhabarkan pemandangan di sini sangat cantik. Bila Traveloka baik hati nak taja noe ke sini...baru noe boleh beritahu sama ada cantik atau tak.

Snorkeling Langkawi
Sumber Gambar
5. Jetski dan Banana Boat

Ada sesiapa pembaca blog noe yang gemar naik jetski dan banana boat? Noe masih tak pernah mencuba jetski...jadi ingin teruja juga nak mencuba naik jetski. Dapat jadi penumpang jetski pun jadilah. Janji jetski. Apa pula Banana Boat? Banana boat ini di naiki secara beramai-ramai dan acara kemuncaknya boat akan disengetkan dan penumpang banana boat akan dijatuhkan. Jangan risau kerana jaket keselamatan akan disediakan. Di mana boleh dilakukan aktiviti Jetski dan Banana Boat ni? Aktiviti ini boleh didapati di Pantai Cenang. 

jetski langkawi
Sumber Gambar

AKTIVITI DI DARAT

6. Membeli-belah / Shopping

Aktiviti Shopping ini memang dinanti-nantikan oleh kaum wanita. Jadi noe tergolong dalam kelompok yang memang teruja bila bercerita bab shopping di Langkawi. Pulau Langkawi merupakan salah satu Pulau Bebas Cukai (PBC) di Malaysia. Jadi tak hairan sekiranya ramai yang berkunjung ke Pulau Langkawi semata-mata ingin bershopping. Apa barang yang popular bila bershopping di Langkawi ini? Bila kawan-kawan noe pergi Langkawi, mesti mereka bawa Coklat..macam-macam jenis coklat yang dibawa balik. Pinggan mangkuk juga merupakan barang yang popular dibeli di sini. Tapi di mana nak bershopping di Langkawi ini? Tempat yang popular adalah di kawasan Pekan Kuah, Pekan Rabu dan kawasan Chenang. Alangkah seronoknya kalau noe diberi peluang oleh Traveloka untuk bershopping di sini.

Membeli Belah Langkawi
Sumber Gambar
7. Berjalan di Tempat Sejarah

Noe merupakan salah seorang yang suka pergi di tempat-tempat bersejarah. Aktiviti berkunjung di tempat bersejarah ini merupakan antara aktiviti yang ingin noe lakukan bila berkunjung ke Langkawi. Jadi Makam Mahsuri merupakan salah tempat tempat yang ingin noe kunjungi bila berada di Langkawi. Kisah Mahsuri amat sinonim dengan Pulau Langkawi. Puteri Mahsuri atau juga dikenali dengan jolokan Puteri Langkawi yang merupakan mangsa fitnah penduduk setempat telah dibunuh walaupun beliau tidak berdosa. 

Langkawi
Sumber Gambar
8. Bergambar

Bila berkunjung ke tempat yang tidak pernah kita pergi, aktiviti bergambar memang wajib dilakukan. Tambah menarik bila kita mengambil gambar yang mana gambar tersebut amat menarik dan mustahil untuk kita lakukan. Apa maksudnya ni? Kalau nak tau lebih terperinci, Traveloka kenalah bagi noe peluang ke Langkawi ni..hihihi. Di Langkawi ini juga terdapat lukisan mural yang seakan-akan nampak real. Ianya boleh didapati di Art in Paradise yang juga dikenali sebagai Muzium Seni 3D. Mesti menarikkan kalau ambil gambar di sini.

Art in Paradise Langkawi
Sumber Gambar

Rasanya ini merupakan antara aktivti-aktiviti yang noe akan lakukan di Langkawi sekiranya Traveloka memberi peluang kepada noe untuk berkunjung ke sana. Sebenarnya terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Langkawi. Banyak tempat menarik yang terdapat di sini. 



3 comments:

  1. semoga berjaya kak... mudah2an ada rezeki akk ke langkawi kelak

    ReplyDelete
  2. klo ke langkawi, peminat coklat macam sy wajib borong coklat. hihihi

    ReplyDelete
  3. Lama tak ke Langkawi. Rasanya kalau diberi peluang nak ke Kota Kinabalu pulak. Kat Semenanjung banyak tempat dah pernah pergi. Jemulah pulak. Memanglah kalau boleh nak ke oversea tapi apakan daya Noe haha....

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena