...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Saturday, December 31, 2016

Ulangtahun Perkahwinan Ke 16

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Image result for happy anniversary

Pada hari ini 31.12.2016 genaplah usia perkahwinan noe dan bob yang ke 16 tahun. Cepatnya masa berlalu...pejam celik..pejam celik dah 16 tahun.

Kalau dulu dua-dua kurus nampak tulang sekarang dua-dua dah gemuk, buncit plak (bob la tu...hihihi)..macam berlawan-lawan je sape yang paling cepat gemuk...

Kalau dulu sihat walafiat, tak perlu makan ubat sekarang dua-dua dah ada penyakit, kena selalu makan ubat

Kalau dulu makan ikut suka jer, semua telan...sekarang dua-dua kena control makan..ada makanan yang tak boleh diambil

Kalau dulu tak ada rabun dekat (tapi noe mmg ada rabun jauh) sekarang dua-dua dah ada rabun dekat...yang sorang tu kena pakai cermin mata juga

Kalau dulu dua-dua merayap ke sana sini tak letih pun sekarang dua-dua jalan pergi shopping mall sikit dah mencungap...sakit kaki...

Mmmmm itulah lumrah manusia...
walaupun dah tua...
walaupun dah tak cantik...
walaupun dah tak hensem...
walaupun dah gemuk...
walaupun dah buncit...
walaupun dah banyak penyakit...
walaupun dah cacat (hihihihi...bob mesti tau makna ni...)...
walaupun mata dah kabur....

harap noe dan bob akan terus bersama kekal bahagia 

6 comments:

  1. Semoga berbahagia hgga ke syurga aminnn

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan yg ke 16! Semoga kekal ke jannah.

    ReplyDelete
  3. happy anniversary.
    Semoga kekal bahagia selamanya.
    Terimalah perubahan masing2 sebagai satu anugerah dan tanggungjawab.

    ReplyDelete
  4. hehehe sweetnya.. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  5. Happy Anniversary Noe dan Bob, moga jodoh kalian kekal bahagia hingga ke syurga.
    Hihi.... walaupun banyak perubahan tapi kita tengok pasangan tetap sama mcm dulu kan Noe...

    ReplyDelete
  6. wow.. dah 16 tahun.. semoga terus kekal berpanjangan..

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena