Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ini cerita pada 2 dan 3 Februari 2017 lepas. Minggu Tahun Baru Cina. Ini merupakan percutian pendek dan matlamat utamanya adalah untuk bersantai-santai bersama keluarga. Memandangkan noe terpaksa menghabiskan cuti tahun lepas dalam bulan ini, kesempatan ini noe ambil untuk bersama-sama keluarga dimana Bob pun mengambil cuti selama 2 hari. Cadangan untuk ke tempat yang jauh sikit ditolak Bob...Bob kata cari dekat-dekat jer... mmmm...beberapa hari mencari dalam internet dan hasil dari review pengunjung..noe memilih Fuga Village yang terletak di Kampung Padang Kemunting, Pengkalan Balak dan book melalui website booking.
Bergerak dari rumah pukul 11 pagi tapi sebelum terus ke Melaka, kami singgah dulu melawat adik ipar di Hospital KPJ Seremban yang baru sahaja menjalani pembedahan untuk membuang tonsil. Lama juga melepak di sana...pukul 1 baru kitaorg gerak ke Melaka. Orang dari Fuga Village pun dah tanya nak sampai pukul berapa. Bob ikut Port Dickson...jalan clear yang amat ... bahagia rasanya menggunakan jalan raya waktu orang sedang bekerja. Sampai Pengkalan Balak dalam pukul 2 lebih. Sebelum terus ke destinasi yang dituju, kami singgah dulu makan tengahari di kawasan berhampiran,
Tak susah sangat nak cari tempat ini walaupun terpaksa guna google maps. Tempat ini memang tersorok...orang luar tak nampak sangat dan mungkin ada yang tak tau kewujudan tempat ini. Tempat ni betul-betul bersebelahan dengan Pusat Penetasan Penyu.
Tempat parking ada disediakan dan bila nak masuk terpaksa tekan loceng....kami disambut sorang lelaki mat saleh...ops...terperanjat sekejap makcik...makcik ingatkan kat Pengkalan Balak ini orang melayu jer yang ramai jaga. Mr Peter namanya...penjaga kawasan ini...tak tau la tuan punya ke apa.
First impression tempat ini...mmmm not bad...aman damai jer...noe suka...masa pendaftaran tak lama la masa diambil...kemudian kami diberi 3 kunci...kunci tempat noe tinggal, kunci pintu ke parking dan kunci pintu ke pantai. Tempat ini memang sentiasa berkunci. Terdapat 2 jenis tempat tinggal di sini. Chalet dan The Villa. Chalet ada 6 buah yang boleh muat untuk 2 orang sahaja manakala The Villa ada sebuah jer..boleh muat untuk 4 orang. Memandangkan noe ada 4 orang..jadi kami pilih Villa.
Bagaimana la rupanya Villa ni yer?? Gambar bawah ini pintu masuk ke kawasan Fuga Village dan juga di kaunter pendaftaran. Tengok pintu masuk...macam rumah kampung dulu-dulu kan.
Pintu Masuk |
Kaunter |
Boleh Lepak2 Di Sini |
Ini la rupa Villa tersebut. Ada 2 tingkat. Comel jer. Kawasan persekitaran bersih. Kalau nak buat reunion atau family gathering sesuai sangat tapi tak boleh ramai-ramai la. Maksimum orang dewasa yang boleh dimuatkan di sini dalam 12 orang kalau tak silap.
The Villa |
Tempat Lepak Di Waktu Malam |
Ini view dalam bilik Villa pulak. Menarik tengok pintu yang warna biru tu. Pintu tu menghala ke kawasan kitchen dan bilik air. Terdapat 3 pintu di situ. Noe suka konsep Villa ini. Kalau tengok dinding .. ada tingkap kecil di bahagian atas untuk udara keluar masuk. Pintu pun boleh dibuka luas. Cuma kalau ada anak kecil agak bahaya sebab tangga ke tingkat atas agak tinggi dan tidak ada pemegang..ciri keselamatan agak kurang di sini. Noe yang dah tua ni pun takut juga nak turun tangga tu...kena berhati-hati.
Tangga ke tingkat atas |
Tingkat Atas |
Gambar-gambar di bawah ini pula kawasan kitchen (kitchen ke?) dan bilik air. Ada peti ais kecil...cerek untuk buat air dan sinki tapi tak ada dapur yer. Bilik air pula berkonsep terbuka. Jenis nampak langit. Berhati-hati bila kapal terbang lalu atau drone lalu...hihihi...Ada bath tub dan 2 buah kerusi...kalau ada anak kecil nak mandi dalam tu sesuai sangat la ...boleh mak ayah duduk di kerusi tu memerhati. Kalau kitaorg takkan la noe nak tengok Bob berendam dalam tu...hihihi...tapi Bob muat ke? hihihi. Tempat mandi air pancut dan tandas berasingan. Tandas tertutup sikit la...tak ada la kalau nak tambah saham...mata melilau tengok atas kan...tengok bintang cari ilham..
Tempat Mandi Air Pancut. Belakang Tirai tu Bilik Air |
Gambar-gambar bawah ini view yang noe ambil dari tingkat atas Villa. Memang bersih dan aman damai kawasan ini. Noe suka. Lagi pun cuma kitaorg saja yang berada di situ. Tak ada keluarga lain. Chalet semua kosong. Apa lagi...kami je la yang monopoli kolam renang tu. Aya dan Ali suka sangat la. Rasanya kalau weekend mesti penuh kut Chalet tu. Kolam renang tu agak dalam untuk kanak-kanak. Sape yang nak bawak anak yang umur bawah 9 tahun,,,kena bawa pelampung la.
View Dari Atas |
Gambar di bawah ini adalah pemandangan dari luar...tepi jalan..tak nampak kawasan Fuga Village ni sebab bertutup dengan buluh. Ada pintu di situ di mana kami diberi kunci dimana pintu ini sentiasa berkunci ..pintu ni akan terus ke laut...kena seberang jalan kecil la...tengok sunset di sini. cantik kan...
Rajinnya Buat Kerja Yer.. |
Itu je la kisah bersantai di Fuga Village Melaka. Noe tak dapat apa-apa yer untuk review tempat ni. :)
tampak bersih... selesa... fasility pun byk... yg best kucing laa hehehee
ReplyDeletepeminat kucing la ni hihi
DeleteTerbuka sangat tempat mandi dia tu haha tapi persekitaran dia cantik and bersih. bilik-bilik pun semua nampak cantik :')
ReplyDeletemmg terbuka syed..gerun sikit nk mandi...
Deletesuka tngk Fuga Village ni, tenang & bersih. pintu masuk pon comel 😍
ReplyDeletemcm pintu umah orang dulu2 kan..
Deletekan 😄 sesuai bawa parents pegi tmpt ni
Deletecantik dan menarik
ReplyDeletemmg cantik ana..
DeleteSelalu juga bercuti ke Pengkalan Balak tapi belum pernah singgah tempat ni.
ReplyDeleteKalau ke sana yang penting nak mandi laut.
Tempat ni pantai dia ok tak nOe?
pantai nampak ok jer...tak ada la teruk sangat...ada je orang mandi..
DeleteKalau x keberatan..boleh tau harga masa inap di villa ne..
ReplyDelete