Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kelmarin Aya ada bawa surat dari sekolah kebangsaan dia. Perkaranya Perkhemahan Gabungan Sekolah Rendah Dan Menengah Peringkat Negeri Selangor Siri 1- 2017 Kem Kepimpinan. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Tekali Hulu Langat dan dia dapat surat ini sebab dia pengawas sekolah. Maka Aya pun teruja la nak pergi.
Masalahnya Umi dia ni... nak bagi ke tak...tak pernah lagi lepas kan dia untuk pergi mana-mana kem yang kena bermalam. Benda pertama yang terlintas dalam kepala Aya bila dia pergi adalah... "Ala ... Umi tak ada la nanti sebelah Aya..." ... itu jer terlintas dalam fikiran dia... Umi dia ni fikir macam-macam...fikirkan keselamatan...boleh ke dia jaga diri sendiri...dengan isu kencing tikus nya lagi...takut juga nak lepaskan dia
Bapak dia relax jer...bapak dia siap cakap lagi... "Bess la umi dan bapak...boleh cinta-cinta"...hihihi..sabo je la..saja nak sakitkan hati anak tu...
Aya dah sibuk isi borang ni...dah teruja sangat nampak nya...nak pergi sungguh ni...
InshaAllah kak takda apa yang berlaku hehe boleh bagi dia peluang nak merasai kehidupan dekat kem tu macam mana.
ReplyDeleteharap x ada apa la yg berlaku...biasa la syed...mak2 ni..risaunya lebih..
Deletekalau sy, sy akan izinkan dia join. tapi, tekankan tentang keselamatan, kebersihan kat dia. bgtau apa yg boleh, apa yg tak boleh. insyaAllah dia akan faham 😉 tapi sebagai ibu, mesti perasaan risau tu tetap ada kan 😄
ReplyDeleteterima kasih nour adieb...rasanya noe akan buat macam tu...tu la ..noe ni yg risau lebih..
Deletesalam noe ..
ReplyDeletelepaskan jer . kt sana keselamatan pun di ambil berat juga ..
bagi aya tu berenjoy dengan kawan2 dia.
satu pengalaman baru utk anak tu ..
apapun tahniah utk aya ..
salam aby..
Deletenak lepaskan tu yg rasa berat...tp rasanya noe akan lepaskan juga...
terima kasih uncle aby..
jangan risau nOe.
ReplyDeleteBeri peluang dia berdikari.
Lagi pun aktiviti peringkat negeri.
Sekarang penyertaan aktiviti kokurikulum sangat digalakkan.
In shaa Allah kak... satu pendedahan yg baik tu. Lagi pun, biiasanya ada yg ambil berat dan jaga keselamatan semua.. pengalaman yg baik ni :) :)
ReplyDelete