...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Monday, February 20, 2017

Kucing Mempunyai Warna Mata Berbeza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Petang semalam semasa pergi makan di kedai, jumpa sekor kucing ni yang mempunya warna mata yang berbeza. Biasa la noe dan aya...pantang tengok kucing...mesti pegang. Aya siap angkat kucing ni letak atas meja..tengok2 warna mata kucing ni berbeza..sebelah seakan biru dan sebelah lagi kuning. Apa lagi...ambil gambar si comel ni dulu.

Aya apa lagi...dah suruh bawa balik...tapi kucing ni ada tuannya. Menurut tukang kedai ni...adik beradik dia ni ada 4 ekor...2 ekor dah di ambil orang..sekor kena langgar...tinggal la sekor. Tuan dia nak simpan kucing ni. Tinggal sekor ni jer bakanya.

Kucing jenis ini dipanggil "odd-eyed cat" dan ini adalah bentuk Heterochromia. Ianya terjadi akibat dari genetik dan hanya terjadi kepada kucing yang bergenetik warna bulu putih. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal odd-eyed cat ni boleh la search di wikipedia. 

Kucing Warna Mata Berbeza

Odd Eyed Cat

15 comments:

  1. wahhh menarik ni...kalu jual mesti ramai yg nak beli..tp syg laa kan nak jual... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah anies..kalau jual..cepat je laku ni..

      Delete
  2. Ni kira kecacatan ginetiklah agaknya.

    ReplyDelete
  3. waaaa comel dan cantiklah mata dia. kenapa hanya terjadi dekat yang warna putih ja? macam albino eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gen putih jadi dominan .. bila dominan..ianya dpt menghalang gen lain dr membentuk...camtu la dari segi bahasa mudah nya...hihihi...mungkin juga mcm albino

      Delete
  4. Eh.. betullah Noe sebelah kuning sebelah biru
    Kakak baca N3 ini baru tahu ada kes macam ini.

    ReplyDelete
  5. selalu juga jumpa kucing anak mata lain warna. tapi kucing sy baru2 ni sblm dia mati tetiba warna anak mata lain2. pdhl sblm ni warna biru. bulu dia colour putih ada tompok hitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik boleh bertukar plak...mungkin sebab sakit yg dia hidap...mata jadi macam tu kut...

      Delete
    2. sy pun syak mcm tu juga 😏 sedih sbb kucing betina kat rumah semua dah mati

      Delete
  6. Gitu pulak ye Noe....cantik ek kalau kucing mata biru. Kat rumah ada gak kucing bulu putih tp mata kuninglah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuning pun cantik okje...cuma klu berbeza warna...itu yg lain sikit

      Delete
  7. ehhh.. sebelah biru sebelah kuning..
    kalau biru dua2 mmg cantik tu Noe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak yati...biru tu sangat cantik..

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena