...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Monday, March 06, 2017

Anak Kena Demam Chickenpox

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari sabtu lepas, noe pergi melawat anak di asrama, sibuk nak outing katanya. Sampai sekolah Ali dalam pukul 2 lebih. Ali cakap dia demam. Noe pun pergi bawa dia makan dulu lepas tu cari klinik. Melilau la cari klinik di pekan Teluk Intan tu. Nasib jumpa satu klinik yang buka. Bila jumpa doktor, doktor kata Ali kena Demam Chickenpox. Dekat badan dia pun dah tumbuh bintit2 merah yang besar dan ada yang dah ada cecair. Doktor kata  sekarang sedang musim dekat Teluk Intan. Ramai budak sekolah yang kena. 

Doktor bagi ubat demam, ubat sapu kat badan dan ubat gatal dan doktor suruh cari air kelapa muda. Kebetulan masa noe nak sampai asrama Ali, kitaorg ada beli air kelapa. Doktor bagi MC selama 2 minggu tapi kalau dalam seminggu dah baik..boleh la datang sekolah. Kalau dalam masa 2 minggu tak baik...bersambung la cuti Ali ... sebab tak lama lagi dah cuti sekolah. Bila dah tahu kena Chickenpox...terus balik asrama...ambil barang dan keperluan lain...balik ke Kajang.  

Ali kata dalam tahun ini ada 2 orang kawan-kawan dia yang kena Chickenpox...jadi mungkin berjangkit. Jadi untuk sementara waktu Abg Ali dilarang makan ayam, telur dan lain2 yang sewaktu dengannya. Kena berpantang untuk beberapa minggu. 


Medical Certificate


Apa itu Chickenpox? 

Ada satu artikel yang noe jumpa berkenaan dengan Chickenpox dari http://www.myhealth.gov.my/en/chicken-pox/

Pengenalan

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi

Ruam atau cacar air chicken pox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chicken pox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
  • Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Rawatan

Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).

Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox. 
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga. 
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri. 
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak. 
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

1.   Ubatan anti-viral
2.   Rawatan antibiotik
3.   Rawatan di rumah - Sapu losyen calamine, Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal dan Panadol untuk demam

4 comments:

  1. Syafakallah Ali..
    Demam chickenpox ni sakit berjangkit..
    Memang MC lama ... sama jika sakit mata..

    Terus cuti lah Noe..
    Dah alang2 tu kan..
    Ali ada ujian tak sebelum cuti sekolah mac ni..
    Anak2 akak tengah ujian hari ini hingga Jumaat..

    ReplyDelete
  2. Moga Ali cepat sembuh ....Lama juga dpt MC ye Noe. Org ckp chiken pox ni jangkitnya masa dah baik tu. Org cakaplah...
    Saya dulu kena masa anak dara Noe.....

    ReplyDelete
  3. sy kena chicken pox ni time tingkatan 3, dah la ada test minggu tu. petua my mom dulu, dia mandikan sy dgn air rebusan tongkol jagung/ jagunh. pastu minum air kelapa supaya semua chicken pox tu keluar

    ReplyDelete
  4. harap2 ms bc entry ni ali dah sembuh hendaknya...

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena