...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, March 01, 2017

Guna 20-20-20 Rule Untuk Elak Mata Letih Atau Tekanan Pada Mata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Abaikan tajuk entry yang terlampau panjang tu. Pada entry yang lepas (klik di sini) noe ada bercerita tentang noe menggunakan Eye Glo untuk mata letih. Noe nak kongsikan di sini satu kaedah yang boleh kita guna untuk mengelakkan mata menjadi letih atau tekanan pada mata

Selepas seharian mengadap komputer, laptop, telefon bimbit, televisyen, tab dan yang sewaktu dengannya, pasti akan ada di kalangan kita yang merasa tanda-tanda seperti di bawah

  • Mata kabur atau penglihatan jadi berganda
  • Mata berair atau kering
  • Mata rasa sakit, letih
  • Mata terasa panas
  • Sakit kepala

Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas, ini menandakan mata kita mengalami tekanan dan ianya berlaku apabila penggunaan mata yang terlampau lama/kuat dan terlampau fokus pada screen.

Bagi mengelakkan ianya berlaku, elok kita amalkan 20-20-20 Rule. Rule apa ni? Rule ini digunakan untuk merehatkan mata. Apa maksud 20-20-20 tu?

Setiap 20 minit 
Berehat sebentar selama 20 saat 
Dan melihat sesuatu objek yang berjarak 20 kaki

Seelok-eloknya bangun dari tempat duduk dan berjalan-jalan, pergi ambil air ke atau keluar sekejap melihat pemandangan luar ataupun chat sekejap dengan kawan..bukan chat guna phone yer..tapi jangan la lama sangat chat nya. Aktiviti ini akan dapat mengurangkan tekanan pada mata. Elok kita amalkan.

Selamat Mencuba Semua..


Elak Mata Letih










15 comments:

  1. nice share.. pernah baca pasal ni.. tapi jarang buat... jap nk buat sat.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...biasa tu...bila baca baru buat.. :)

      Delete
  2. Rehatkan mata dengan tido... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. tido ubat paling baik SS..tp kt opis mana leh tido...

      Delete
  3. Good sharing lah Noe..
    Kebetulan akak tengah letih mata ni :)

    ReplyDelete
  4. Ohhhh tak pernah pun dengar 20-20-20 ni selama ni. Thanks ya sebab share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 syed...kalau lama tengok screen...boleh la amalkan

      Delete
  5. Terima kasih tipnya.. 😍😍😍

    ReplyDelete
  6. Best2.. Jangan lak chat guna enpon tu win hihi.. Ingat lepas tgok skrolin pc, nak rehat, tapi tengok fon. Sama juga kekdahnya yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ayu...sama je...tgk screen jugak tu...tambah lagi teruk sbb screen enpon kecik..

      Delete
  7. ooo baru tau nii thank 4 sharing kak

    ReplyDelete
  8. Kalau sayalah yg ada tanda tanda mcm tu sure sebab banyak tengok blog Noe hihi

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena