...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, March 14, 2017

Sup Tulang Hanieliza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cerita pasal masak la plak. Noe sebenarnya tak pernah buat Sup Tulang...hihihi...permintaan pun agak kurang...malas pun yer juge.. :). Macam mana la tergerak nak buat Sup Tulang plak ni. Dalam rumah ni ada orang demam chickenpox...maka dia dilarang makan ayam dan telur. Orang yang demam ini dah bosan ikan katanya. Maka sebagai ibu bapa yang amat prihatin akan selera anak...maka beli la tulang...tapi bukan tulang semata-mata yer...tulang beserta dagingnya.... 

Maka bermula lah perjalanan seorang ibu untuk mencari resepi yang agak mudah dan sedap. Sup yang senang sangat pun nak kena ada resepi jugak. Apa la ibu macam ni kan... tapi masih gigih mencari...tengok dalam buku resepi Hanieliza yang dibeli dulu...tapi tak ada plak resepi sup tulang. Maka si ibu melayari lah internet...mencari resepi Sup Tulang Hanieliza...masalahnya tak teringat nak cuba resepi kawan-kawan blog yang lain...mungkin sebab buku Hanieliza sedang mempengaruhi fikiran...maka jumpa la blog Hanieliza...

Dalam resepi ada letak serai...memandangkan pokok serai dah meninggal...maka apa yang ada je la...rempah pun ada satu dua yang tak ada....lada benggala pun letak juga...hentam saja la...maka hasilnya seperti di bawah. Alhamdulillah berjaya juga...walaupun tiada kata-kata pujian...tapi bertambah-tambah nampaknya masing2....sedap la tu...angkat bakul sendiri je la...

Sup Tulang Sedap

Sesiapa nak resepi Sup Tulang ni, noe letakkan resepi nya dan boleh juga layari blog Hanieliza di SINI

SUP TULANG 

Bahan-bahan

1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya 


Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara membuat
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.



17 comments:

  1. Aduhhh ni bukan org demam aje teringin ni, orang yg tgh komen pun ngences haha...
    Noe kita pun jarang beli tulang. Bukan apa takut dare naik hihi

    ReplyDelete
  2. Peh, power! Sup ni kalau time demam pun still ada selera nak makannya.

    ReplyDelete
  3. nak hasil sup lagi sedap, siraman sup pertama tu diambil sedikit & asingkan. bila sup makin kering tambah air lagi sampai dagingnya dah ok x kenyal dah, baru siram balik dengan kuah sup siraman pertama tadi. susah plak sy nak terangkan �� harap dpt faham apa yg sy sampaikan. makan dengan timun supaya darah tinggi x menyerang

    ReplyDelete
  4. Makan pulak dengan sambal kicap, bertambah sedap ni.

    ReplyDelete
  5. Memang nampak macam sedap ni! hehehe.

    ReplyDelete
  6. lama menyepi.. hehehe

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaaa kalau dpt dgn nasi panas2 niii

    ReplyDelete
  8. Lebih sedap lagi kalau gunakan daging/tulang lembu tempatan.

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:32 AM

    Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan. sedap ni, kalau kat rumah KA cepat je lakunyer. he3 terbaik

    ReplyDelete
  10. Tunggu entri2 terbaru dari nOe.

    ReplyDelete
  11. masih tiada entri baru? hehehe

    ReplyDelete
  12. nampak kaw sangat sup tulang ni. nyammm

    ReplyDelete
  13. tengok sup tulang, teringat Emak.

    ReplyDelete
  14. Makkkkk sedapnya sup tulang.....alahai terliur la saya macam ni...hihi

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena