...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, September 27, 2017

Perlumbaan F1 Terakhir Di Litar Antarabangsa Sepang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ahad ini bersamaan dengan 1 Oktober 2017 merupakan perlumbaan terakhir Grand Prix Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Malaysia setelah 19 tahun menganjurkan perlumbaan ini. Tiada lagi Litar Sepang dalam kalendar F1 bermula tahun depan. Litar yang terkenal dengan cuaca yang tidak menentu di kalangan pelumba F1 ini di buka ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Keputusan untuk menamatkan penganjuran F1 ini diambil berikutan dari kurangnya sambutan dan pulangan kepada negara.

Malaysia merupakan negara Asia Tenggara pertama yang menganjurkan perlumbaan kereta paling berprestij ini pada 17 Oktober 1999 yang mana pada ketika itu perlumbaan di menangi oleh Eddie Irvine dari pasukan Ferrari. 

Eddie Irvine
Noe ada beberapa kali pergi menonton secara live. Ahad ini tak pasti boleh pergi ke tak. Bergantung pada En. Bob. 

Kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan penganjuran perlumbaan F1 ini mesti merasa sedih ahad ini. Apa-apa pun Litar Sepang masih dalam kalendar MotoGP. 


5 comments:

  1. Ha a dengar jugak pasal tu. Yelah kan Noe....sedih tu memanglah sedih tapi kalau dah membazir dan tak de pulangan terpaksalah kita lepaskan... Nak buat apa pulak ek litar tu lepas ni agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kalau dah rugi berjuta2 takkan nak tunggu lagi...ada la tu program2 lain...

      Delete
  2. Harap2 ada akativiti lain yang boleh memanfaatkan SIC kita.
    Taklah jadi gajah putih selepas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 tak la jadi gajah putih...Motogp masih ada..race2 untuk lokal mesti akan ada dibuat kat situ...

      Delete
  3. sampai ke sudah sy x penah jejak wpn sekali (wpn kazen keje kt SIC)

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena