Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Emosi kita di pagi hari akan mempengaruhi mood kita di sepanjang hari. Terutamanya bila tiba hari isnin, setelah 2 hari bercuti bila nak mulakan kerja, mesti ada yang rasa malas. Istilah yang biasa kita guna dalam bahasa oghang putihnya "Monday Blues". Bila hari isnin mesti ramai yang ambil cuti sakit..walaupun tak sakit sangat sebenarnya...jiwa yang sakit.
Macam mana agaknya nak menceriakan mood kita di pagi hari? Di sini noe sediakan beberapa tips yang mungkin boleh menceriakan kita di pagi hari. Tips ini ada yang pernah noe cuba dan ianya memang berkesan.
1. Bangun Awal Pagi
Bagi sesetengah orang memang agak susah untuk bangun awal pagi. Namun untuk kekal ceria di pagi hari, ini merupakan salah satu cara yang amat berkesan. Kalau bagi umat Islam memang di wajibnya untuk bangun pagi untuk solat subuh. Jangan pula lepas subuh, tidur balik..kalau tidur balik..badan akan jadi lebih lemah. Keluar dari rumah dan hirup udara segar di subuh hari...pasti akan rasa segar. Bangun awal pagi juga membolehkan kita menyelesaikan satu-satu kerja tanpa merasa kelam kabut.
2. Bersenam Di Pagi Hari
Bersenam merupakan salah satu cara untuk menjadikan badan rasa segar dan cergas. Tak perlu lama untuk mengeluarkan peluh, 15 minit sudah cukup. Anda mesti cuba..pasti anda akan rasa kelainannya pada tubuh anda.
3. Mendengar muzik
Mendengar muzik yang kita suka dapat menaikkan semangat kita di pagi hari. Kepada mereka yang suka mendengar muzik yang rancak mungkin boleh menari mengikut rentak, ini sekaligus dapat mengeluarkan peluh. Mendengar muzik sambil menari sekaligus mengeluarkan peluh.
4. Senyum Dan Beri Salam
Senyum dan memberi salam pada orang lain dapat menceriakan hari anda. Kalau tak percaya..cuba k. Kalau bangun pagi tu..senyum pada pasangan atau anak-anak dan ucapkan salam. Begitu juga kalau pergi ke pejabat..biasakan diri untuk senyum pada cleaner, security guard, rakan sekerja dan ucapkan selamat pagi atau good morning. Cuba amalkan.
5. Sarapan Pagi
Sarapan pagi jangan dilupa. Kalau noe biasanya mesti ambil kopi/nescafe panas..makan lambat sikit tak apa. Janji mesti pekena air panas. Kadang-kadang perut lapar boleh jadi punca mood tak baik. Jadi seeloknya ambil sarapan pagi sebelum memulakan kerja.
Ini je la tips yang ingin noe kongsikan dan semoga bermanfaat kepada mereka yang memerlukan. Hidup kena ceria ok...kita sendiri yang tentukan apa yang kita inginkan.
Betul tu Noe...kalau lepas cuti mood mmg blues. Nak bangun pagi tu mmg mintak kena tarik hidung kalau ikutkan tau.
ReplyDeleteYg bekerja lagilah kan Noe...
aah Okje...nak datang mood kerja tu balik...mmg payah...
DeleteBetul tu.. selalu nyer camtu lah bila dah bercuti..liat...haha
ReplyDeletehihihi..kalau boleh nak cuti terus je..kan bunda..
DeleteItulah yang seelok2nya kita amalkan
ReplyDeleteaah pakcik...kena la berusaha kan..
Deletekalau boleh x nk bgn dan nak terus tidur je... cuti 2 hari pun terasa kejapnyaaaa
ReplyDeleteaah anies...cuti seminggu pun rasa sekejap..ini kan 2 hari kan...
DeleteTak pernah lagi rasa monday blues sbb sy keja shift...off pun tak tentu hari..tp klu cuti lama2 memang liat la nak masuk keja semula.hehe
ReplyDeleteooo...symptom monday blues la tu bila dah liat nak bangun...cuma hari je berbeza kut,...
DeleteLg2 blik dr kg.. Mmg tserlah bnor
ReplyDeleteaah mommy..balik dr kg dah letih...lagi la
Delete