Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lama sungguh rasanya tidak bersiaran di blog ni...blog pun dah jadi suam suam kuku jer...tak pun terus sejuk bedi...ini merupakan post pertama noe di tahun 2018.
Pantas nya masa berlalu...sekarang sudah berada di penghujung bulan Februari 2018.
Bila dah berusia ni...idea susah sangat nak keluar...nak taip apa pun tak tau...dah kurang berfungsi ke otak ni...hihihi...
Esok berjumpa lagi hujung minggu...apa aktiviti di hujung minggu? Noe biasanya anak-anak ajak pergi berjogging atau beriadah. Minggu lepas beriadah di Taman Putra Perdana, Putrajaya. Berjogging dan selepas itu bermain badminton. Tak ramai sangat berjogging di sini...selesa..
Anak-anak yang berjogging..noe jalan kaki jer...cepat sangat rasa semput...mmmm
Esok rasanya nak pergi ke Taman Tasik Perdana, KL. Dah lama rasanya tak ke sana.
Layan je la gambar-gambar yang sempat di ambil minggu lepas...
Welcome back noe. Kekadang ada masa otak tepu nak menaip. Fiza pun gitu kekadang.
ReplyDeleteterima kasih fiza..harap2 tak tepu lama .. :)
Deletekita jumpa kt tasik perdana jom😊
ReplyDelete