...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, May 17, 2019

Jom Kita Bercuti Ke Krabi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kalau dah selalu ke Thailand tu rasa tak perfect kalau korang tak pernah bercuti kat Krabi. Krabi sekarang senang nak pergi sebab korang boleh pergi naik kereta atau bas ataupun naik flights to Krabi. So kalau rasa taknak penat tu better korang naik flight, tak payah sakit pinggang. Hahaha. Especially kepada korang yang dari jauh selatan semenanjung. Kalau dari Sabah or Sarawak dah boleh naik flight terus.
So apa dia sebenarnya Krabi ni? Wilayah Krabi terletak kat bahagian selatan Thailand, antara Phang Nga dan Suratthani kat utara dan Trang kat selatan. Kat utara bandar Krabi adalah taman negara Khao Phanom Bencha setinggi 1350m. Ianya satu landskap bukit-bukau, batu kapur, paya bakau dan hutan kelapa sawit dan pokok-pokok getah. Sungai Krabi berasal dari gunung-gunung dan berakhir kat selatan bandar Krabi dalam kawasan. Pantainya diliputi secara meluas oleh hutan paya bakau.


Memiliki lebih daripada 200 buah pulau kat sekitarnya, Krabi adalah salah satu daerah kat Thailand yang terkenal dalam kalangan pelancong kat seluruh dunia. Kalau ingin dibezakan kawasan lain kat Thailand seperti kat Phuket, Krabi adalah destinasi yang sesuai untuk korang lawati bersama keluarga kerana kawasan persekitarannya yang lebih mesra pelancong yang datang dalam pelbagai peringkat umur. Berpasir putih, air laut yang cukup jernih kebiru-biruan, dikelilingi pula dengan bukit-bukit batu kapur, bayangkanlah keindahan Railay Beach yang terletak kat Krabi Town ini. Untuk menuju ke pantai indah ini korang perlu menaiki bot kerana pantai ini dipisahkan dari kawasan lain dengan bukit batu kapur.



Selain memiliki pemandangan yang memukau untuk korang sekeluarga bersantai menenangkan fikiran, Railey Beach turut terkenal dalam kalangan wall climber kerana tebing-tebing yang terdapat kat sekitarnya. Ini adalah sebuah destinasi yang wajib korang lawati bila berkunjung ke Thailand, Thung Teao Forest Natural Park. Apa yang menarik kat hutan ini adalah kekayaan flora dan faunanya yang unik, manakan tidak, Thung Teao Forest Natural Park adalah hutan dara yang tidak pernah dikacau oleh tangan manusia untuk sebarang bentuk pembangunan, pembalakan dan lain-lain. Untuk meneroka kawasan rimba ini korang perlu menggunakan laluan semulajadi yang berkepanjangan sekitar 2.7 km. Apa yang menarik kat dalam hutan ini adalah air terjunnya, namun tarikan yang paling terkenal kat hutan ini adalah kolam kristalnya. Dinamakan kolam kristal kerana airnya yang begitu jernih. Yang bestnya lagi, air kolam ini agak suam, memang nikmatlah bermandi-manda di sini!



Untuk menuju ke tokong Wat Tham Sua, korang perlu menaiki 157 anak tangga, larat ke? Kalau tak larat korang boleh sahaja menggunakan kereta kabel yang disediakan dengan bayaran 20 Baht seorang. Tapi apa salahnya mendaki sikitkan, dapatlah dibakar sikit kalori tu. Sampai sahaja di Wat Tham Sua, korang akan disajikan dengan pemandangan indah kawasan sekitar yang dikelilingi oleh sawah padi dan berhadapan dengan empangan Mae Klong. Rekabentuk bangunan-bangunan kat kawasan tokong ini juga penuh dengan warna-warni.


Inginkan sensasi mandian air panas yang bukan sahaja menyegarkan badan tapi juga mungkin dapat membantu mengurangkan penyakit badan korang? Berendam sahaja kat Klong Thom Hot Springs. Sambil berendam korang boleh memejamkan mata dan merelakskan fikiran bertemankan bunyi indah alam semulajadi. Air kolam ini turut memiliki banyak ruang-ruang kolam lain yang terhasil secara semulajadi, kalau korang datang ke sini, pilihlah yang mana yang menarik hati korang, terasa seperti berada kat tab mandi rumah sendiri pula. Namun begitu, kawasan kolam ini agak meriah dikunjungi, oleh itu, korang disarankan untuk datang ke sini sekitar pukul 7.00am ke 8.00am dan 4.00pm ke 5.00pm untuk menikmati mandian dengan lebih tenang.

Kalau korang nak tau sekarang ni ada offer kalau korang nak buat Qatar Airways online booking di Traveloka. Dengan security yang makin kuat sekarang kalau korang nak buat booking kat Traveloka selamat gila. Sebab diorang betul-betul pastikan privacy korang terjaga dan payment getaway dia antara yang sangat selamat untuk diguna.

11 comments:

  1. lama berangan nk ke krabi ni tp tu laa mostly geng2 x suka pantai hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa..x ada geng la nk pergi... noe suka je g pantai..

      Delete
  2. memang best kak kalau pegi krabi

    ReplyDelete
  3. Mmg seronokkan Noe jalan jalan ni... tp entah bilalah nak sampai Krabinya...
    Budak tgh belajar susah nak bercuti sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu okje..anak2 ada yg sekolah..ada yg masuk kolej... tu mmg susah nk cuti sekali..

      Delete
  4. isteri dah pi sana. abe kie je blom. rasa buleh guna border pass je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. border pass terkejar2 kut Abam Kie...banyak tempat menarik..at least kena 2 hari... :)

      Delete
  5. wah bestnya tempat saya x tau bila boleh pergi jalan sana ermm

    ReplyDelete
  6. Tak pernah sampai lagi.

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena