Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada Tahun Baru Cina yang lepas (punya la lama cerita ni), noe ada mencuba makan di Rumah Makan Cibiuk di Kinrara. Pada masa tu noe stay di Kinrara Resort, jadi kitaorg mencari restoran di sekitar kawasan tersebut. Setelah tengok review, kami decide untuk pergi ke tempat ini. Ini masakan dari negara jiran tetangga, Indonesia. Masakan Khas Sunda katanya.
Noe pergi malam, masa sampai tu tak ramai orang. Masa masuk tu dah rasa la suasana di negara jiran dengan lagu dan cara pakaian pekerja di situ. Noe order Nasi Liwet Ayam Kastrol Bakar untuk 2 orang makan. Noe ambil yang ni sebab ramai yang suggest menu ni. Bob pula order Nasi Goreng Kambing. Minuman dah lupa order apa.
Apa pendapat noe tentang makanan ni??? Nasi liwet tu memang serius sedap. Makan nasi pun dah sedap. Petai bakar tu pun serius sedap. Memang tepat pilihan noe. Sambal tu pun marvelous. Diaorg ada pelbagai jenis sambal tapi noe lupa pula nak ambil gambar.
Nasi Liwet Ayam Kastrol Bakar |
Nasi Goreng Kambing |
Selepas habis makan...kitaorang order pencuci mulut.. Gambar nya seperti di bawah ini. Namanya Goyobod kut... lupa daaa.. Dalam ni macam2 ada..noe ingat buah nangka jer... sedap juga.
Pencuci Mulut Es Goyobod kut..lupa daaa |
Secara keseluruhannya sedap la dan puas hati. Bob cakap nak datang lagi. Nanti cuba cawangan lain pulak.
Sesiapa yang berminat boleh la jengah ke FB mereka di sini
Selalu gak terperasan Resto ni cuma belum pernah try lagi.... Mahal ke tak Noe harganya?
ReplyDeleteKadang kadang tu malas nak try resto baru kan takut tak kena dengan selera. Tp bila dah baca review orang jadi teringin pulak Noe
boleh tahan la harganya...nasi goreng kambing tu klu tak silap belas2 ringgit...n nasi liwet tuk 2 org tu dlm 30 kut...noe pun baca review dulu OKje... tu yg terjah
Delete