Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bagaimana situasi korang semua di rumah ketika perintah berkurung dalam rumah ini? Mesti tak berhenti memasak kan.. tak pun asyik tidur..tak pun mengadap TV.... tak pun mengadap phone. Bila perintah berkurung ini.. noe tak ada la banyak masalah sangat sebab anak2 noe pun dah remaja. 2 orang je pun. Sorang lelaki dan sorang perempuan.
Anak lelaki (Ali) asyik mengira hari jer... dah bosan sangat la tu. Mengadap phone, layan drama melayu lepas tu tidur. Cuma dia target masa perintah berkurung ini dia nak habiskan khatam Al-Quran. So katanya setiap kali lepas solat dia nak cuba habiskn satu juz. Harap2 tercapai target tu. Anak noe yang lelaki ni dia bukan la kaki game sangat. Dia cerita kawan-kawan kat group WA dia.. semua sibuk main game. Dia cerita dia memang tak suka bila kawan-kawan ajak lepak/minum/makan... tapi kawan tu sibuk mengadap phone. Cepat la dia blah katanya. Anak lelaki noe ni dia suka bercerita dengan noe. Macam-macam cerita.. Cerita masa duduk asrama, cerita pasal kawan-kawan dia, cerita dia fly malam-malam dari asrama... Umi dia memang jadi pendengar setia dan bila dah dengar kita kena la bagi pandangan..mana yang patut buat .. mana yang tak.. sambil2 bercerita..sambil kita memberi nasihat. Macam kawan la.. Sekarang ni malam-malam dengar dia bervideo dengan kawan2 sekolah dia dulu... meriah bunyi nya.. tak kisah la nk sembang berjam2.. janji duduk di rumah.
Gambo Lama - Sekarang Dah Makin Beso |
Tapi Bob bila pergi IOI tu... jumpa kedai jual barang-barang korea ini... dia yang excited singgah.. mesti la ada something untuk anak perempuan dia tu. Yang pasti berkaitan dengan BTS. Sibuk nak pergi konsert... awak muda sangat lagi Adik... tunggu la beso sikit... nanti memang umi dan bapak join dalam konsert tu sekali. Berdiri kat depan sekali tu.
Kadang-kadang tak faham kenapa fanatik sangat. Tapi kadang2 noe ingat kan juga dia...benda yang boleh dan tak boleh buat. Dia ni rajin juga bersembang dengan noe dan bapak dia. Cerita pasal kawan-kawan dia... pasal kena kacau kat sekolah...pasal fans BTS yang bertekak dengan fans group lain... macam-macam la... layan jer... bess juga bersembang dengan anak-anak ni. Kelakar pun ada kadang-kadang tu.
Gambo Awal Tahun Ini - Hari Pertama Di Asrama 2020 |
Untuk menghilangkan tahap kebosanan yang melampau dalam rumah ini... noe beli buku online... 3 buah novel untuk Ali, Aya dan selebih nya untuk noe dan bapak diaorg. Jangan tak baca pulak. Nampak tak buku masakan tu... semangat beli buku masak... buat nya tak tahu la bila...hihi...
Setiap Orang Dapat |
Walau pun time PKP, banyak aktiviti bermanfaat boleh kita buat.
ReplyDeletebetul tu wak..
DeleteSemoga anak-anak ini berjaya lah dikemudian hari. Menarik baca blog ni. Saya follow ye.
ReplyDeletewww.cialah.blogspot.com
Aamiin.. insyaAllah.. nanti saya terjah ke sana
Deleteyg Ali tu rasanya selalu gak Noe cite dlm blog, yg pompuan jarangkan....
ReplyDeleteSemoga mereka membesar menjadi ank soleh dan solehah dunia akhirat. Baguslah kalau abang tak minat main game,senang cite hihi!
aah..rasanya mmg agak jarang...
DeleteAamiin..