...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, July 06, 2010

Jalan-Jalan Ke Lumut Jumpa Kawan Lama


Hari sabtu lepas, aku jalan-jalan ke Ipoh, saja bawak anak-anak aku jalan pergi taman dan round2 Ipoh...mula-mula hubby aku ajak terus ke Alor Setar, masa tu jam dalam pukul 1 lebih, so sempat lagi la balik hari. Sebelum bergerak kitaorg singgah makan dulu di Ipoh..bila habis makan jam dah pukul 3. Fikir-fikir balik hubby aku decide pergi Ke Lumut jer..biasa la aku dan hubby..mmg x ada plan..terus pergi jer...

Bila ke Lumut, teringat plak kat member lama aku yang kerja di TLDM...member aku ni member masa sekolah tadika sampai la menengah merangkap juga teman sepermainan masa kecil-kecil dulu dan juga jiran selang sebuah rumah aku. So kira rapat la tapi dah lama sangat tak jumpa. Jumpa balik pun dalam FB jer.

Bila sampai sana, aku contact la dia...dia on duty la plak..member aku x dapat la nak join makan2 ke...tapi dia kata kalau nak tengok kapal tempat dia bekerja boleh la...aku pun apa lagi...sepantas kilat bersetuju jer..bknnya apa...aku fikir anak-anak aku mesti suka...bila masa lagi diaorg nak masuk dalam kapal. Member aku ambil aku di Lumut dan bawak kami ke kapal tempat dia bekerja. Masa tu tak ramai yang duty sebab hari sabtu. Nak masuk ke dalam tu banyak prosuder kena ikut...biasa la tempat macam tu kawalan mesti ketat.


Kapal tempat member aku kerja ni.... Kapal Layar Diraja Tunas Samudera..Kapal ini pernah mengelilingi dunia pada tahun 2008 ...kapal ni khas untuk belia-belia mengadakan latihan...kapal ni tak ada la besar sangat....kami siap melawat ke dalam kapal lagi..tempat tidur..tempat makan..dapur...tempat kendali kapal..semua sekali la...aku apa lagi...ini la peluang untuk mengambil gambar (ambil gambar jer ler...dah tua bkn belia lagi)



Lagi satu yang menerujakan aku adalah aku berpeluang untuk melihat kapal selam Malaysia yang kedua yang baru sahaja tiba semalamnya di Lumut. Kapal ini dinamakan sebagai KD Tun Razak dan memulakan perjalanan dari Perancis pada 30 April 2010, so maknanya memakan masa 3 bulan untuk sampai ke Lumut dan ianya menggunakan tenaga diesel. Kapal ini akan belayar semua ke pangkalan kapal selam Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu Sabah. Ianya akan mengambil masa kira-kira 10 hari untuk sampai ke Teluk Sepanggar dari Lumut.

Aku rasa orang yang bekerja dalam kapal selam ni memang kuat mental dan fizikal. Mental terutamanya sebab bayangkan 10 hari duduk dalam kapal tu tanpa cahaya matahari...tinggal di dalam ruang yang sempit..makan minum dan tidur jer la (kalau tak duty la). Menurut kawan kepada member aku....ada kes yang mana kebakaran dalam kapal selam...semua anak kapal mati sebab lemas...ye la..asap tak boleh nak keluar..bukan mati sebab terbakar tapi lemas. Baru dengar berita tadi...jumpa kapal selam yang dipercayai digunakan oleh sindiket dadah..mmm...pengusaha dadah pun mampu beli kapal selam..bayangkan betapa kayanya mereka.


Anak-anak aku berpuas hati la sebab dapat masuk dalam kapal. Sebelum balik singgah makan dulu di Teluk Batik...kedai kecik jer.,..ingatkan nak makan char kuew tiaw...tak ada la plak..makan je la laksa...bekas dah cantik..tapi tak panas la plak..tapi nasib baik sedap. Apa-apa pun terima kasih pada member aku tu sebab sudi meluangkan masa untuk membawa aku dah keluarga melawat di kawasan tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena