...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Monday, July 12, 2010

Crowne Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur

Weekend ni adalah hari-hari yang memenatkan dan juga merelaxkan...walaupun penat tapi hepi. Hari Sabtu lepas aku sibuk dari pagi sampai la ke malam. Hari sabtu tengahari aku ada game netball dan petang/malamnya pulak aku ada dinner dengan member2 belajar dulu.

Hari sebelum game tu aku cadang nak tidur awal...tapi tak boleh2 nak tidur, sampai kul 4 lebih pagi baru boleh tidur. Tension betul. Aku ingatkan lepas makan ubat selesema, demam, sakit tekak, batuk..segala2 ubat tu...boleh la tidur terus...rupanya sebaliknya terjadi. Dah la aku demam hari jumaat tu.. hari khamis petang tu aku dah mula rasa nak demam...petang tu aku g jugak la 1st day training netball (last minute kena main gak...sbb dah x ada player)...mmg nampak sangat aku dh x ada stamina...baru buat warmup aku dah sempot...main sekejap2 dah sempot...tak macam last year...terasa sangat perbezaannya. Balik terus demam.. Jumaat aku ambik MC..siap mintak ngan doktor ubat yang plg kuat...sbb nak sembuh cepat...kesian plak diaorg...x ada player. Dengan sisa2 demam tu aku pergi jugak la ke NPNG Sports Centre.
Sesat dalam setengah jam nak sampai sana...nasib baik sempat tuk warmup...dah nak start pun game.

Nasib baik la 4 pasukan jer. Aku mmg x ada stamina langsung...main 10 mins awal terus semput...nasib baik ada 2 orang lagi backup. So aku bertiga la bertukar2. Aku rasa kalau main whole games mau aku pengsan kat situ terus tak bernafas. Macam last year aku main semua. Tahun ni mmg surrender. Ikutkan mmg aku awal2 tak nak main dah...tapi dah langsung player kesian plak diaorg. Aku tolong mana yang termampu jer la. Seperti tahun lepas keputusan masih sama. Shell yang pertama, kedua HP, ketiga T-system dan terakhir AT&T. Kamera aku plak bateri habis...tak dapat la nak ambik gambar...so bergantung pada member2 aku punya kamera je la. NPNG ni dah la jauh...hujung dekat kawasan perkampungan Cina jer...nak cari makanan susah...nasib baik la penganjur ada sediakan mihun dan karipap dan air2 semua. Dalam game tu terdapat juga player yang injured. Tak pasti la teruk macam mana...tapi masa jatuh tu member aku siap terdengar bunyi lagi...macam teruk jer...jgn patah dah la.

Game habis semua sekali termasuk episod bergambar dalam pukul 5pm. Hubby aku cakap sempat lagi nak balik mandi. Ikutkan aku dah plan...nak mandi kat situ jer..aku dah siap prepare semua baju. Tapi hubby aku nak balik juga...so balik la ke rumah aku. Jam la plak...sampai rumah dah pukul 6.30pm. Janji dengan member pukul 7 di hotel. Sah la tak sempat.

Pic taken from Hotel's Website

Aku bersiap2 mcm ribut petir...dengan hujan, jam plak lagi...aku sampai ke tempat dinner dalam pukul 8pm. Kitaorg dinner di Crowne Plaza Mutiara Hotel. Hotel ni bersebelahan dengan Wisma Genting. Tak susah la nak cari. Geng2 aku semua dah sampai. Kitaorg makan di Planters' Inn, makan secara buffet.. Apa lagi aku dengan rakusnya la makan..dah la lunch dengan bihun jer.


Pic taken from Hotel's Website

Yang hadir geng2 aku yang biasa2 jer la..Kiah, Jmie n family, Lyn & family & Aku n family. Yang cancel tak dapat datang Ijan..seperti biasa la member tu..sibuk bekerja jer. Tut & Kema tak dapat nak hadir...awal2 dah inform tak join.Memang enjoy makan kat situ...gelak tak ingat...biasa la jumpa geng2 ni mana leh cakap elok...mesti gelak punya...kalau tak gelak....something wrong la tu....anak n hubby aku pun enjoy makan...tak rugi bawak diaorg ni...mmg suka makan. Yang tak bess nyer...aku x ada kamera....so lagi sekali bergantung pada geng2 aku je la. Bahan citer banyak berkisar kepada Kiah ler...hehehehe...maklumla orang bujang lagi..Tapi memang hepi la jumpa diaorg. So kitaorg set nak buat dinner lagi masa bulan puasa nanti (spt tahun2 lepas). Kitaorg group yang paling last balik bersama-sama dengan satu lagi group. Aku rasa-rasa dalam pukul 11pm kut.

Bila dah sampai rumah....rumah dah macam kapal karam...apa lagi...kemas rumah dulu..dah setel semua baru la mandi dan rehatkan badan. Bess giler dapat luruskan badan atas katil. Hubby aku biasa la terus layan bola.

Hari Ahad....aku tak keluar rumah...sibuk membasuh kain..mengemas rumah semua. lepas tu relax2 la. Ini la masa nak amankan otak sikit selepas sibuk seharian sebelumnya.

Jam menunjukkan pukul 1:45am..nak tengok final bola ke tak ni...Kalau tak tengok rugi lak rasanya sebab game last...kalau tengok...esoknya sah2 la otak biul. Apa2 pun aku nak sokong Belanda...Ramai sangat yang sokong Spain...sotong pun sama.

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena