...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, September 26, 2014

Buroq dan Jung Kook : Kucing Demam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Antibiotik Untuk Kucing
Ubat Demam Buroq
Kucing Demam
Buroq Demam
Buroq demam, kesian Buroq, Sabtu lepas baru sedar dia demam sebab dia tak nak makan, minum..lepas tu murung jer...tak cergas...tengok kat telinga dia macam ada luka....

masa tu noe dah sibuk nak balik kampung sekejap sebab nak hantar Abang Ali balik asrama. Terpaksa la tinggalkan dia dulu. Lagi pun sehari jer. 

cute cat
Miko Tak Ada Kawan Nak Main...Kawan Demam
Kucing Demam
Kesian Miko...Tak ada Kawan Nak Main
Hari Isnin paksa Bob bawak Buroq ke klinik sebab nampak dah lemah sangat, makan minum kena suap. Noe pun tak berapa sihat sejak balik dari kampung...so Bob la bawak ke klinik. Sampai klinik doktor kata ada jangkitan dari telinga dia, ada luka...tu sebab demam. Doktor masukkan air, bagi makan minum kemudian bagi suntikan. Doktor kata memang kena suapkan makanan sebab masa demam ni dia memang tak ada selera makan. Kesian Buroq...bila cerita bab kucing sakit ni, teringat masa black sakit dulu, sampai keluar ulat dari luka black tu.. (boleh baca kat SINI).

kucing cantik
Miko Yang Kebosanan
kucing comel
Bada
Buroq tak baik lagi, Jung Kook pulak dah macam nak demam, dah start murung, makan minum pun tak nak. Tapi Jung Kook tak seteruk Buroq. Kalau teruk kena la bawak ke klinik jugak. Bila lepas kat luar, macam-macam penyakit datang...Noe pulak sibuk memanjang, kekurangan masa nak bersihkan telinga semua...Kesian diaorg. Bila Buroq dan Jung Kook demam, diaorg suka duduk dalam bilik air jer..agaknya badannya panas.

kucing comel
Jangan Jangkit Demam Sudah La
kucing comel
Bada
Bila 2 ekor dah demam, sunyi la sikit rumah ni. Kalau tak diaorg je berlari sana sini dalam rumah ni. Miko dan Bada pun macam tak ada mood nak main. Masing-masing relax jer. Malam tadi buat operasi membersihkan badan diaorg. Bersihkan telinga, sapu ubat...kesian diaorg...tuannya sibuk...ntah apa yg disibukkan...tak tahu la..

kucing comel
Miko
kucing tiga warna
Bada
Pagi-pagi kerja Noe dah bertambah, sebelum pergi kerja, kena suapkan Buroq dan Jung Kook makan dan minum, lepas tu kasi ubat makan dan ubat sapu kat Buroq, Jung Kok kasi ubat sapu je. Harap-harap diaorg cepat la sembuh. Cepat la berlari2 dalam rumah ni. Semalam genap umur 6 bulan kucing2 ni ... kejap je...dah macam nak jadi bapak dan ibu kucing jer...  

Cepat la sembuh...senang sikit hati Noe ni kalau diaorg sembuh..

16 comments:

  1. noe jaga anak2 noe ni dah macam anak sendiri..comel betul buroq dan jung kook..semoga cepat sembuh dr demam..alahai nama susah betul nak sebut.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...dah duduk satu rumah...x sampai hati la plak tengok je diaorg tu demam...hehehe

      Delete
  2. moga cepat sembuh
    kesian tengok muka seko2 ni
    comel sunguh2
    cepatlah sembuh
    insha Allah

    ReplyDelete
  3. Nk bermanja buroq ni

    ReplyDelete
  4. Moga buroq dan Jung Kok cepat sembuh ya Noe.. risau juga bila haiwan kesayangan sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Atie...aah atie..selagi x bawak ke klinik...susah hati dibuatnya..

      Delete
  5. Anonymous12:54 PM

    Salam jumaat yer ! pencinta kucing juga yer !

    ReplyDelete
  6. Monyok je muka burok tue huhu.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sihat...sampai hari ni masih monyok...hehehe

      Delete
  7. Comelnya dia..muka kesian je..he..he

    ReplyDelete
  8. Isi tabung hujung minggu di sini..

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena