...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, September 05, 2006

CT, Mawi, Merdeka, Budget 2007 & Tol

Minggu lepas dan minggu ini adalah minggu yang amat meletihkan. Setakat ini masih banyak perkara yang masih belum diselesaikan. Projek yang masih diperingkat awal dimana aku masih mengumpul data-data yang ingin dimasukkan dalam database projek aku nanti. Belum lagi selesai memikirkan projek ini, projek yang lain datang pulak. Bertambah biul la kepala aku ni. Biul tak biul i have to settle it. Most important thing is how i am going to set my time, just to make sure everthing settled on the date given.

Minggu lepas, berita sensasi masih lagi berkenaan Ct dgn Datuk K, Mawi dgn ina dan juga sambutan Merdeka.

Pada aku tak ada yg menarik tentang persandingan CT, cuma kalau peminat fanatik CT memang lah tertunggu-tunggu akan persandingan ini. Begitu juga Mawi dan Ina, tak ada yang menarik, sekadar melihat dua manusia yang pernah menyemai kasih terpisah dek keadaan dan cuba untuk disatukan semula (Itu kata mereka lah). Cuma kadang-kadang aku pun keliru bagaimana seseorang ini boleh menjadi begitu fanatik pada seseorang penyanyi, sehingga menyangka penyanyi tersebut perfect dari semua sudut sampai tak nampak kelemahan penyanyi tersebut. Satu yang perlu kita ingat, setiap manusia mempunyai kelemahan masing-masing tak kira betapa bagus nyer dia dan jangan la memuja seseorang itu melampaui batas, kalau kita memuja Yang Maha Esa sebegitu rupa alangkah bagusnya.

Apa yang menarik nya tentang Merdeka? Kalau ditanya golongan muda masa kini termasuk aku, mesti terbayang di minda masing-masing pesta-pesta yang akan dilangsungkan. Yang pasti, mesti ada konsert, mesti ada pesta "minum", pesta bunga api dan pesta bendera dan juga ada perbarisan selain cuti umum. Di malam merdeka ramailah muda mudi membawa bendera negara kita. Kita juga digalakkan memasang bendera di kenderaan masing2. Tapi adakah ini yang dikatakan merdeka??

Aku amat berterima kasih kepada nenek moyang kita yang telah bertungkus lumus dan juga bermandikan darah untuk memastikan kita bebas dari penjajah secara fizikalnya. Aku yang lahir selepas merdeka mmg tidak akan memahami erti kemerdekaan sepenuhnya kecuali kepada nenek moyang kita yang menempuhi zaman tersebut. Yang pasti aku tidak mahu menjadi seperti rakyat palestin yang hidup sentiasa di dalam ketakutan. Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah memastikan negara kita sentiasa merdeka dari sudut fizikal dan mental. Walaupun kita telah merdeka dari segi fizikalnya, namun kita mesti pastikan minda kita juga turut merdeka. Fikir-fikirkan.

Budget 2007 juga adalah isu yang hebat diperkatakan. Pun tak ada yang menarik (Aku berkata mengikutkan keadaan aku yang hanya rakyat biasa yang tiada berkepentingan). Cuma yang ada hanya yuran peperiksaan dimansuhkan. Kira menarik lah untuk rakyat kelas pertengahan dan bawahan macam aku ni. Itu je la satu. Yang bess nya minggu lepas punya berita, kemungkinan tol akan dinaikkan lagi. "Ha ha ha ha seronok sungguh aku membacanya". Mana taknya tol yang jadi laluan harian aku pun ada termasuk dalam list untuk dinaikkan. Orang kaya bertambah kaya, orang miskin akan menjadi papa kedana...itu yang mampu aku fikirkan. Dengan gaji yang tidak bertambah, harga barang yang asyik meningkat, harga minyak juga naik lagi plak tol nak dinaikkan lagi. Aku terfikir jugak, orang-orang diatas sana nun diaorg bukannya bayar tol, bukannya bayar duit minyak keta..semuanya dibayar kerajaan...so diaorg tak tau kesengsaraan orang-orang bawahan seperti aku ni. Aku bercakap dari sudut aku sebagai rakyat biasa, aku tak reti nak bercakap dari sudut ekonomi, ya la cakap2 orang-orang atasan la katakan.

Kadang-kadang tu kelakar gak bila orang-orang atasan ni memberi nasihat untuk orang-orang bawahan ni untuk berjimat cermat dari segi penggunaan air dan elektrik. Tapi orang-orang bercakap ini, adakah diaorg pun turut berjimat cermat jugak? Orang politik ini biasa la .. pandai cakap je tapi habuk pun tarak...Jangan anggap org bawahan seperti aku ini tak mampu untuk berfikir.

I'M ALWAYS TRY TO BE A POSITIVE THINKER.

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena