...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Thursday, September 07, 2006

MElayu

Ansuran hutang Mara serendah RM20 malukan Melayu
Oleh Sadatul Mahiran Rosli
KUALA LUMPUR 6 Sept. – Kesediaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerima bayaran balik hutang serendah RM20 bukan sahaja memalukan orang Melayu, bahkan menggambarkan seolah-olah golongan profesional Melayu begitu ‘miskin’ untuk membayar hutang.
Malah, jumlah bayaran balik yang disyorkan itu juga dianggap ‘tidak masuk akal’ dan tidak akan memberi keinsafan atau kesedaran kepada pemiutang supaya menjelaskan hutang dengan lebih cepat.
Pengerusi Biro Pengaduan Awam dan Hal Ehwal Pengguna UMNO, Datuk Subahan Kamal berkata, walaupun tindakan Mara itu boleh memberi manfaat kepada peminjam, tetapi ia bukan cara terbaik untuk mendapatkan hutang yang berjumlah RM556 juta itu......................

Kadang-kadang begitu bosan bila asyik bercerita tentang orang MElayu yang terus terusan akan layu (hopefully not). Last week duk sibuk cerita pasal kemiskinan org MElayu di Penang...ari ni duk sibuk plak citer pasal orang MElayu yang malas bayar hutang. Disebabkan segelintir MElayu yang malas bayar hutang...semua MElayu semesta alam lak yang kena. come on la peminjam-peminjam oiiiii....disebabkan korang yang tak bayar hutang...semua MElayu yang dapat malu...ingat oii...hutang kalau tak bayar kena menjawab kat sana nanti oii...nasib la aku bukan peminjam MARA dan tak pernah dapat bantuan kerajaan pun. Kalau RM20 pun korang semua tak mampu, tak tau la aku...

Aku baca la makna malays dalam urban dictionary, mmm mmgla sedih membacanya, tapi kadang-kadang ada gak kebenarannya, apa yg ditulis dalam tu pun menulis atas rasa kebencian kepada bangsa MElayu. Kita tak boleh nak membuat semua orang suka kepada bangsa kita. Tapi yang pastinya aku bangga menjadi bangsa MElayu, bangsa yang penuh rasa rendah diri, penuh dengan adab sopan, hormat menghormati antara satu sama lain, bertimbang rasa, yang mana penuh dengan nilai-nilai murni.

Apa yang MElayu ada sekarang ini adalah hasil dari tindakan nenek moyang kita dahulu. Hasil dari sejarah. Nenek Moyang, Mak Bapak kita dahulu begitu bangga sekiranya anak cucu cicit mereka menjadi orang gomen, keje jadi cikgu, askar...satu kampung bangga. Ini lah hasilnya sekarang, orang-orang MElayu bekerja makan gaji sahaja. Manakala bangsa-bangsa Cina pula sibuk berniaga, India pula di estet-estet. Bangsa Melayu jual tanah ke bangsa Cina sebab nak pergi teroka tanah di hutan. Hasilnya bangsa Cina hidup di bandar-bandar, bangsa MElayu pula duduk di kampung-kampung. Dan juga ini lah hasil dari penjajahan Inggeris.

Nak salahkan nenek moyang atau mak bapak kita dahulu???? tak boleh jugak....so apa yang boleh kita buat adalah tukar kan pemikiran kita yang telah ditanam sejak dulu tu...kalau dulu mak bapak kita galakkan kita jadi cikgu...kita tukarkan plak...terapkan dalam diri anak-anak kita supaya menjadi peniaga misalnya....hasilnya kita tidak akan nampak di masa kini...hasilnya hanya berabad-abad nanti...masa tu kita dah tiada di bumi ini....

JADIKAN PERSEPSI BANGSA LAIN SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT KEPADA KITA UNTUK MENGUBAH PERSEPSI TERSEBUT

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena