
Sekarang ni ramai yang giler guna facebook..kalau mana-mana office yang tidak menyekat access ke facebook..sah2 ramai staff yang melepak di facebook jer...nasib baik la opis aku tak boleh masuk...kalau tidak dengan aku2 sekali terperangkap. Punca aku dah lama tak update blog ni sebab facebook ni la...terperangkap...duk giler main games ..farmville la..farm town la..yoville la..burn buddy la..mafia wars la...cafe world la...macam-macam lagi la..Aku sebenarnya memang duk elak dari terperangkap main game2 ni...tapi ramai sangat kawan2 aku (salah kan orang la plak hehehe) yang invite..bila dah ramai sangat yang hantar...nak jugak cuba..last2 terperangkap.

Sekarang ni aku fikir time management aku kena betul kan balik. Nak layan FB boleh tapi peruntukkan masa tertentu sahaja...punca bukak FB dulu sbb nak interact ngan kawan-kawan n cari kut2 jumpa kawan2 lama (ada jumpa)...last2 ni jadinyer. Tapi peringatan kepada semua...jangan semua details kita dimasukkan ke dalam FB/mana2 web....pandai2 la kita mana yang patut di kongsi..mana yang tak...
Ramai kawan-kawan aku yang tak nak bukak FB sebab diaorg kata maklumat kita dalam tu..akak dijual...bukan FB jer...even maklumat2 diri kita yang ada kat database mana2 tempat pun...senang2 leh jual...kita mana tahu orang yang jaga database tu...ikhlas ke tak...nak duit lebih..jual la data...tak pun...yang dapat maklumat secara haram masuk ke dalam database. Maklumat diri kita sekarang ni senang2 je orang lain boleh dapat...jgn FB jer...member aku baru tukar nombor...tiba2 dah ada orang pemasaran yg call..promotion itu la..ini lah...camne leh dapat nombor tu? sedangkan baru sangat tukar..siap tahu nama lagi....so fikir-fikirlah.
Kepada pengguna2 FB yang tahap kritikal tu..fikir2kan lah. :)
0 comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh