...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, September 18, 2009

Selamat Menyambut Hari Lebaran

Salam AidilfitriSelepas hampir sebulan kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga, mengerjakan amal ibadat sebanyak mungkin, akhirnya tiba jua ke penghujungnya, saat yang ditunggu-tunggu kepada semua umat islam di seluruh pelusuk dunia, iaitu hari Aidilfitri, Ianya tanda kemenangan kita dalam pertembungan antara akal dan nafsu. Dengan berpuasa akal kita berjaya untuk mengawal nafsu.Kejayaan ini haruslah kita sambut dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi.

Di kala kita bergembira, jangan lupa memanjat doa kepada insan-insan yang tidak bernasib baik seperti kita. Insan-insan seagama yang didalam peperangan, di dalam situasi sukar untuk mendapatkan sesuap nasi, di dalam situasi duka lara di atas kehilangan insan-insan tersayang, di dalam situasi yang hidup bersendirian yang mana tiada sanak saudara untuk dikongsi kegembiraan bersama-sama. Panjatkan doa agar kuatkan iman mereka dalam menempuh hari-hari sukar dan cebiskan sedikit perasaan gembira di hati mereka di hari yang mulia ini.


Kepada pengunjung blog ini yang beragama Islam, di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari lebaran dan maaf zahir batin. Semoga anda semua bergembira di hari lebaran ini dan jangan lupa untuk menghargai nyawa anda dan nyawa orang lain. Berhati-hatilah ketika memandu, bertolak ansur dan hormat menghormati antara satu sama lain. Jangan lah disebabkan kelalaian dan kesilapan kita, ada insan lain yang bersedih di atas sikap anda itu. Gunakan akal sebaik-baiknya ketika memandu dan jangan ikutkan nafsu.

1 comments:

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena