Apa yang berlaku minggu lepas?
Pergi PD atas urusan kerja
Hari Deepavali
Balik Kampung
Disebabkan sambutan deepavali..so team mate aku ramai la yg cuti..tinggal la aku sorang dengan bos..bos pun ambik half day..terpaksa backup utk semua site by hoping tak ada la serious issue. Hari Khamis malam jumaat aku gerak balik kampung. Sebelum tu aku singgah dulu di Ampang..ambik anak2 buah aku (si kembar), diaorg ikut sekali balik kampung...sampai kampung dalam pukul 3 pagi. Letihnya..
The following day nyer aku tak pergi ke mana-mana..tapi hubby aku pergi ke Pengkalan Hulu dengan bapa aku...saja jalan-jalan...diaorg beli la produk2 thailand seperti beras n beras pulut. Hubby aku kata jauh...ada dalam 100 lebih km dari kampung aku. Malam baru la diaorg balik...aku satu hari duk melayan buku cerita. Buku "After the Darkness", author Sidney Sheldon.
Hari sabtu plak..petang jer aku baru keluar rumah...pergi ke rumah Kak Mah..bawak mak sekali...bukannya jauh pun..dekat jer...cadangnya nak ke taman..memandangkan hari pulak hujan...so kitaorg terus la pergi ke rumah Kak Mah...layan Laksa..pastu makan malam kat situ...lepas tu pergi pasaraya sekejap....mak nak beli barang dapur sikit...
Hari Ahad pulak...subuh2 aku dah bangun...gelap2 lagi aku dah lepak kat tanah..lepas hubby balik dari surau...aku n hubby g round2 kampung naik motor..dah lama tak naik motor...sekali sekala naik..bess gak...masuk ke jalan yang tak pernah aku masuk..aku ni nama jer asal dari kampung tu...tapi ada gak jalan2 yang tak pernah aku masuk...nama-nama orang kampung kat situ jgn tanya la..terlampau sedikit yang aku tau...hehehe..mcm orang luar jer...
Dalam pukul 10 lebih aku keluar rumah dengan anak2 aku n sorang anak buah..saja nak bawak diaorg jalan...seperti biasa...tiada arah tujuan...hubby bawak ke arah Kuala Kangsar..last2 hubby terus bawak ke Tasek Raban. Aku tak pernah sampai kat area ni...mm bess gak...tasek nyer luas...kalau nak berkayak n naik bot..ada kat sini...cuasa tak panas..mendung jer....so anak2 aku duk main la kat taman tu....mula2 tak nak naik bot...anak aku duk merengek jer...last2 kitaorg naik jugak...bayar dalam RM50 untuk pusing2 dalam tasek tu. Bot nya tak la besar sangat...so kitaorg satu family je la..masih banyak ruang kosong dalam bot tu...aku duk sibuk ambik gambar...malangnya tak dapat nak upload kat sini sebab charger n connecter handphone aku tertinggal kat kampung...ambik gambar guna handphone jer sebab bateri kamera aku dah habis...lupa nak charge.. Tasek ni luas..boleh memancing .. air nya pun agak bersih dan terdapat beberapa chalet berhampiran tasek tersebut. Lepas naik bot kitaorg pun balik...petang dalam pukul lebih bergerak pulang ke Kajang...6.30 gerak dari kampung..sampai rumah dalam pukul 11 setengah...jalan jem..terima jer la..
Di samping itu minggu ni jugak aku berjaya menonton cerita "Lagenda Budak Setan" versi filem. Aku teruja nak tengok cerita ini sebab mendengar lagunya yang bertajuk "Bila Cinta" dan jugak setelah mendengar komen salah sorang dari customer aku. Sebelum ini aku tak mengikuti sangat cerita ini..kalau drama pun kadang-kadang je tengok. Bila dengar komen dari customer aku...tu yg aku teruja nak tengok. Finally berjaya jugak tengok.
0 comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh