First time aku buat Puding Roti dengan keju ni...Esok sebenarnya ada Pot Luck untuk team aku. Tema kali ni "Western" sempena sambutan Christmas. Jadi hari ini aku buat la Puding roti ni...hasilnya amat memuaskan...mana taknya...rasa keju jer... Kepada sesiapa yang ingin mencuba...resepi seperti di bawah:-
Bahan-bahan:-
Roti Perancis - potong jadi kecil (jangan kecil sangat)
Keju 250gm
Susu Segar - 2 cawan
Gula Kaster - 1/2 cawan
Telur - Sebiji
Kismis
Perasa vanila
Cara-cara buat:-
1) Telur dipukul dengan gula kaster sampai kembang sikit
2) Masukkan keju (potong dadu pun boleh)
3) Masukkan vanila + kismis + susu segar + roti
4) Gaul sampai rata dan roti dah kembang sikit
5) Taburkan gula kaster sikit (bagi manis sikit)
6) Last sekali bakar
Hubby aku bukan main suka lagi.
0 comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh