
Esoknya pagi-pagi aku dah bangun...pagi ni nak daftar Ali kat kem tu...kul 9 pendaftarannya..kul 8.15am baru aku gerak dari rumah...sampai sana dah 9.05am...dah ada orang yang mendaftar..aku pun terus la mendaftar dan buat bayaran. pastu masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat..upa-upanya pendaftaran dari kul 9 - 11am. Mak ai lambatnya nak tunggu...kalau aku tau...tak ada kelam kabut pagi-pagi dah nak keluar. kul 10.30am baru la taklimat di beri.
Banyak jugak peraturan2 yang nak kena ikut...macam no handphone, no camera, no laptop, no ipod/ipad, all gadjets x leh bawak..ok gak tu...parents tak dibenarkan melawat, nak call boleh...call nombor ustaz atau facilitator la..bak kata ketua program la...kena bagi kepercayaan pada diaorg. Aku ok jer...memang tujuan aku hantar Ali tu supaya dia boleh berdikari...kurang la sikit jeritan tarzan aku kat umah tu....nak suruh solat pun..keluar buih dari mulut aku pun belum tentu dia gerak lagi...Ali dah macam excited jer..dah cakap awal2...nak join lagi untuk 2 minggu nya plak...hahaha...belum masuk lagi..dah nak join tuk next session...jangan menyesal sudah la...bila dah habis taklimat..parents dibenarkan hantar setakat surau jer...barang2 semua peserta kena bawak sendiri ke asrama...sebelum bawak masuk barang2 ke asrama..kena spot check dulu...kut2 ada bawak barang2 yang tak dibenarkan...lepas tu mak bapak dibenarkan untuk pulang...so tinggal la Ali kat sini...semoga kem ni memberi banyak pengajaran kepada Ali.


0 comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh