...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Saturday, January 25, 2014

SMITA - Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin, Chenderong Balai

Assalamualaikum Semua

Inilah tempat belajar Ali sekarang. SMITA ni terletak di Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak. Terletak di dalam kawasan sawah padi. Masa mula-mula sampai untuk temuduga...padi sedang menghijau...cantik sangat....Masa kali kedua datang...pokok padi dah berwarna kuning. Pada aku sekolah ni memang sesuai untuk Ali....dalam kawasan kampung dan jauh dari pekan. Kawasan sekolah tu tak luas...Terdapat pembinaan bangunan sedang berjalan...masih tak siap.

Asrama SMITA
Kat asrama

Sekolah ni masih baru...Pelajar paling senior baru di tingkatan 3... Ali kiranya pengambilan tahun ke 3, dan rasanya setakat ni jumlah keseluruhan pelajar baru dalam 100 lebih dan ianya hanya untuk pelajar lelaki sahaja.

Sebelum Bergerak Ke SMITA

Sekolah ni menyediakan subjek2 akademik biasa seperti sekolah biasa, ditambah dengan subjek2 agama. Hafazan hanya dibuat pada waktu subuh dan malam. Target sekolah ni...bila pelajar tamat tingkatan 5, pelajar sekurang-kurangnya telah hafaz 10 juz. Subjek2 akademik biasa akan diajar dalam Bahasa Inggeris manakala subjek2 agama akan diajar di dalam Bahasa Arab. Pelajar akan belajar intensif Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris selama 6 bulan pertama ni.

Nak Bertumbuk La Plak

Seperti entri aku yang lepas (klik di sini), Abang Ali ada juga temuduga di Maahad Tahfiz Yayasan Addin, dan lulus pada temuduga tersebut tapi Abang Ali lebih berminat pada SMITA. Ikutkan je la sebab dia dah suka kan. Tengok pada FB SMITA memang nampak sangat banyak aktiviti diaorg ni...rajin tenaga pengajar di sini .. dan nampak sangat pelajar-pelajar di situ happy.

Beria Bapak Beraksi

Lepas hantar Abang Ali ke sekolah tu...hari-hari aku check FB SMITA...kut2 ada gambar Abg Ali...akhirnya ada juga keluar...lega hanti aku tengok dia senyum jer...tandanya semua OK la tu...

Dah Ready 
Gambar- gambar yang aku share ni...gambar sebelum nak berangkat ke SMITA..dari kampung....dari kampung aku ke sana mau kat 2 jam gak...gambar-gambar kat bawah ni plak... gambar di SMITA yang sempat aku rakam. Kalau sape2 yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal sekolah ni boleh la layari http://www.smita.edu.my (promote la plak)..hehe

Sekolah Menengah Tahfiz Al-Amin
Padang Bola

Sekolah Menengah Tahfiz Al-Amin

Sekolah Menengah Tahfiz Al-Amin
Belakang Ni Ada Asrama..Bas Pun Ada

Sekolah Menengah Tahfiz Al-Amin
Pintu Masuk

Sekolah Menengah Tahfiz Al-Amin

  
Sekolah Menengah Tahfiz Al-Amin
Simpang Nak Masuk Ke SMITA 

25 comments:

  1. Semoga perjalanan menuntut ilmu Ali di permudahkan di SMITA ni.. sejuk hati rasanya bila anak nak ngaji sekolah agama.. mudah2an pae pun nti begini... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Atie...Terima kasih .. InsyaAllah Pae pun akan berminat nanti..

      Delete
  2. Bgusnya..sejuk perut ibu mengandung

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah bagus
    seronok tngok anak2 masuk tahfiz ni
    moga berjaya dunia akhirat.aminn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Tihara ... InsyaAllah..

      Delete
  4. Salam ziarah & kenal...Semoga Ali akan bljr dgn lbh tekun & menjadi anak yg soleh. Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Azatie...terima kasih singgah di sini...Amin..

      Delete
  5. Salam noe,
    Mnyediakan anak utk mnjadi seorang hafiz/hafizah ada satu prbuatan yg amat mulia. Moga gnjaran atas pngorbanan noe dan suami akan smpai keakhirat kelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aby.. terima kasih aby...InsyaAllah..Amin..

      Delete
  6. semoga anakanda menjadi anak yg soleh..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah....
    Selamat berhujung minggu...

    ReplyDelete
  8. Selamat berjaya untuk Ali & salam hujung untuk noe...

    ReplyDelete
  9. Ni anak sulung Noe yeh..... baguslah kalau dia suka....itu yg penting.Moga abg berjaya menghafaz aluraan nanti..sejuk perut mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Okje...anak sulung...dan satu2 nya anak lelaki...kalau dia x suka...susah la jugak kan....sib baik dia suka... terima kasih OKje...Amin

      Delete
  10. Syukur alhamdulillah... doa kakak mengiringi moga Ali terus betah dan cemerlang dunia dan akhirat. Memang kalau sekolah begini setiap tahun ada peperiksaan Noe. Utk form 1 macam Ali ada peperiksaan SIB (Sijil Intensive Bahasa) ianya peperiksaan utk bahasa arab dan english saja. Form 2 ada SMRA (Sijil Menengah Rendah Agama), Form 3 biasalah PMR tapi tahun ini start PBMR, Form 4 ada SMA (Sijil Menengah Agama), Form 5 SPM dan Pra-STAM, Form 6 ada STAM dan MUET..

    Anak kakak sekolah begini sebab itu kakak tahu. Tapi yg best bila kita ke Mekah senang anak-anak boleh berbahasa arab - seronok juga tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Zakie atas doa dan info...ooo baru tahu tiap2 tahun ada peperiksaan...harap2 dia mampu la bertahan...buat masa sekarang nampak ok je...happy je dia...seronok katanya...

      Aah kan...senang kan...ada penterjemah...hehehe...Ali pun dah boleh cakap bahasa arab yg simple2..yg guna untuk harian...harap2..dia terang hati...

      Semoga anak Kak Zakie..menjadi anak yg soleh/solehah...

      Delete
  11. Slm perkenalan singgah di blok ni...kebetulan hri ni sy ke smita..tinjau sekolah utk anak tingkatan satu tahun depan.semuga anak puan sukses n menjadi anak yg solleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal manja...insyaAllah...doakan anak2 kita menjadi insan yang soleh...

      Delete
  12. Salam Noe....nak tanya skit..kalau saya nak masukkan anak form 2 ni boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam seri...rasanya boleh...Seri boleh tanya pihak sekolah...boleh tanya di FB smita juga...

      Delete
  13. bole puan kongsi pengalaman....sejauahmana keadaan anak puan balajar di smita?sy ni brcadang nk hantar ke smita tp sy memikirkan kewangan...yuran bulanan....time pegi amik...tol lg....perjalanan hampir 2jam 30mnt utk sampai ke smita...harap puan dpt membantu memberi pandangan pihak puan...terima kasih

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena