...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Sunday, March 16, 2014

6 Maut Di Konsert Festival Muzik Asia

Assalamualaikum





FMFA2014 WALLPAPER A



6 orang maut akibat dari pengambilan dadah secara berlebihan di Konsert Festival Muzik Asia yang berlangsung di Bukit Jalil semalam. 

Seorang maut di tempat kejadian dan 5 orang lagi maut ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Mangsa berusia di antara 21 hingga 28 tahun dan 3 daripanya merupakan wanita. 

Mereka yang maut ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27. Mereka dikatakan mengambil dadah jenis methamphetamine/syabu sebelum pergi ke konsert. Dadah ini dikatakan mampu memberi tenaga yang berlebihan dan mampu bertahan untuk 48 jam. 

3 orang lagi masih berada dalam keadaan kritikal yang mana 2 daripadanya merupakan warganegara Singapura. 

Konsert yang berlangsung selama 3 hari itu yang bermula pada hari Jumaat telah dibatalkan atas arahan polis. 

Sekali lagi Malaysia menjadi tumpuan dunia kerana konsert ini merupakan di antara konsert yang terbesar di Asia Tenggara dan penonton dihadiri dari pelbagai negara.

22 comments:

  1. apabila berhibur secara berlebihan...

    inti n visa :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. berhibur dengan cara yang salah... thx sobri

      Delete
    2. sama-sama akak :P
      inti :P

      Delete
  2. Apa sudah jadi dengan anak-anak muda kita sekarang... nauzubillah, minta di jauhi dari anak2 dan sedara mara kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih tengok anak2 muda sekarang kan...mintak di jauhkan

      Delete
  3. kenapa diluluskan konsert yg sebigini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x silap noe tiap2 tahun ada konsert ni...mmm benda nk jadi kan...

      Delete
  4. tak pernah tahu pun ada festival muzik gini...malunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. noe pun x tau Knor...org2 muda tau la..

      Delete
  5. Anonymous11:36 AM

    sedih sgt... moga kita ambil iktibar dari apa yg berlaku ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu KA...semoga kita semua mengambil iktibar...

      Delete
  6. senja hari sabtu haritu aby balik dari HUKM cheras..
    bila sampai ke area sungei Besi jalan dah jem teruk ..
    dlm hati ..mungkin ada game di Bukit Jalil ditambah pula jemaah tabligh ke sri Petaling ..
    tu yg susur nakke kmplek sukan jem teruk ..
    bila sampai susur keluar tu .. aby tengok diblok dengan polis ..
    tu yg kenderaan sangkut dan tk gerak ..
    dalam hati berkata lg .. ada refomasi ke sampai kan ada blok polis ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jem kat bukit jalil mesti kita ingat ada game... upanya reformasi hiburan...

      Delete
  7. Sedih bagi pihak keluarga mangsa...

    Salam ziarah dari bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takziah pada keluarga mangsa... terima kasih Bunda ziarah di sini

      Delete
  8. malam tu bila sampai rumah dan bercerita ngan wf dan Nad ..
    baru la dia bg tau psl konsert dan kematian dibukit jalil tu ..
    siap tunjuk video konsert kt sana lg ..
    nad bg tau yg konsert tu konsert sempena menjelang F1 sepang ..
    mcm thn sebelum nya ..
    ia ke .. klu ia, napa tk buat kt SIC jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...dulu2 rasanya konsert lepas abis race...n buat di kawasan SIC tu jer...bila dah sampai ada yg mati....serius la tu n sah2 malaysia jadi tumpuan lagi...mmg Visit Malaysia 2014 la...

      Delete
  9. Semoga kejadian ini dpt membuka mata kpd semua pihak yg berwajib ttg hal2 yg berlaku dlm konsert2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...semua pihak yang terlibat mesti mengambil iktibar di atas apa yg berlaku

      Delete
  10. Sedihkan Noe...keseronokan yang menjadi tragedy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedih raudzah...tambah sedih bila ada bangsa melayu di situ... mmm

      Delete
  11. Ibu bapa manalah yang benarkan anak gi konsert macam ni tp tulah darah muda katanya...elok gak dibatalkan

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena