...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Sunday, March 16, 2014

Kursus Pengurusan Jenazah Luar Biasa

Assalamualaikum

Semalam Aya dan Bapak pergi mensyuarat PIBG, Aya pulak ada masuk peraduan mewarna, noe pergi Kursus Pengurusan Jenazah Luar Biasa anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat. Bermula pukul 10 pagi sampai 3 petang, ikutkan sampai 3 petang, tapi semalam habis dalam 4 lebih. Ini kali pertama noe ikut kursus pengurusan jenazah ni.


Jenazah

Kursus ini diketuai oleh Ustazah Arba'yah dari Hospital Kajang. Ustazah telah bertugas di Hospital Kajang sejak tahun 80-an lagi. Pelbagai pengalaman telah dialami sepanjang bertugas di Hospital Kajang.


Jenazah

Kursus ini sebenarnya siri yang ke 2 di mana kali ini di fokuskan pada pengurusan jenazah yang mempunyai masalah seperti mempunyai peyakit seperti kencing manis, hepatitis B, terbakar, busuk, sudah berulat dan sebagainya.


Jenazah

Kalau Mayat Berbau Busuk:-
  • Mayat berbau busuk kadang-kadang disebabkan penyakit seperti penyakit kening manis atau penyakit-penyakit lain
  • Mayat yang kembung juga cepat berbau busuk
  • Untuk mengelakkan bau yang busuk contohnya terdapat luka di kaki, gunakan setanggi (elok guna cap jasmin), bakarkan...supaya tidak berbau busuk
  • Semasa menguruskan mayat yang berbau busuk, tarik nafas guna hidung dan jangan buka mulut, terus telan nafas.
  • Sebelum menguruskan mayat yang berbau, berdoa kepada Allah agar tukar bau busuk kepada bau wangi
Jenazah

Kalau Mayat Terbakar:-
  • Orang terbakar, kulit akan berkedut-kedut
  • Cara membasuhnya mesti basuh celah2 kulit yang berkedut itu. 
Jenazah

Mayat Yang Mengidap Penyakit Hepatitis B & HIV:-

1. Jenazah yang mengidap penyakit Hepatitis B kena lebih berhati-hati, sebab ia mudah berjangkit. Terdapat baju khas untuk menguruskan/memandikan jenazah jenis ini
2. Jenazah yang mengidap penyakit HIV mudah sikit dari Hepatitis B, orang yang menguruskan jenazah yang mengidap penyakit HIV kena lebih berhati-hati pada luka yang terdapat pada anggota mayat tersebut.


Jenazah

Pesanan dari Ustazah:
  • Mesti guna sarung tangan semasa memandikan jenazah, tidak kira jenazah biasa atau yang berpenyakit. 
  • Kalau jenazah orang tua yang mempunyai kulit bersisik, letak air sabun di tempat kulit yang bersisik tersebut, biarkan sampai kulit tersebut jadi kembang, selepas itu cuci dengan span, kulit tersebut akan gugur.
  • Kain lapik jenazah atau kain yang disarung pada jenazah, selepas selesai terus basuh dan jangan simpan beberapa hari baru dibasuh
  • Kalau meninggal di hospital, check jenazah sama ada terdapat lubang2 seperti lubang yang ditebuk untuk saluran najis. Saluran tersebut mesti dijahit dahulu sebelum di bawa ke rumah.
  • Otak manusia berwarna putih, berlendir dan kalau nak ambil otak tersebut kena guna kain kassa
  • Cara yang betul untuk keluarkan najis adalah dengan mengiring, angkat sedikit kaki dan jirus dengan air paip di tempat tersebut sambil urut di tepi perut. Jangan guna cara duduk kerana cara ini tidak semua najis boleh keluar. Air kuning yang keluar, itu biasa...lepas habis najis..letak je kapas.
  • Waris yang tidak tahu memandikan jenazah, seelok-eloknya ikut serta ketika pemandian jenazah dilakukan. 


Jenazah

Pengalaman Ustazah:-

  • Terdapat mayat yang sudah berulat di mana ulat sudah merebak di sekeliling mayat. Ulat tersebut mesti dikutip
  • Terdapat mayat yang sudah berbentuk Z. Ustazah hanya mampu berdoa pada Allah..InsyaAllah selepas itu anak kepada si mati memberitahu mayat tersebut sudah lurus dan sudah berkiam
  • Terdapat mayat yang sudah dibakar, yang tinggal cuma bahagian bahu sampai pinggang. Ianya dibakar sebab dituntut oleh kaum keluarga yang bukan Islam sedangkan simati sudah menganut agama Islam. Kaum keluarga telah menghantar mayat di pusat pembakaran mayat sebelum sempat surat pengesahan menganut agama Islam diberikan. Mayat diambil dari pusat pembakaran mayat dan dimandikan ikut cara Islam.
  • Banyak lagi pengalaman menguruskan pelbagai jenis jenazah yang telah dikongsi oleh Ustazah.

Jenazah

Seterusnya ustazah tunjukkan cara-cara mandikan jenazah, cara-cara untuk balutkan luka dan cara-cara membuat baju dan juga cara-cara mengkafankan jenazah.


Jenazah

Peserta yang mengikuti kursus ini terdapat dalam 14 orang perempuan dan 2 orang lelaki. Ada yang telah mempunyai pengalaman dalam menguruskan jenazah dan ada yang kali pertama mengikuti kursus pengurusan jenazah seperti noe. Ada juga peserta yang berkongsi pengalaman mereka dalam menguruskan jenazah yang berbau.


Jenazah

Satu pengalaman yang menarik dan ilmu yang amat berguna untuk noe yang tak pernah turut serta dalam kursus pengurusan jenazah ni. InsyaAllah noe akan ikut serta dalam kursus seperti ini supaya maklumat yang diterima lebih banyak dan jikalau ada praktikal sekali, lagi bagus. 


Jenazah


Jenazah


Jenazah


Pengurusan Jenazah

6 comments:

  1. bagus kalau dapat belajar pengurusan jenazah ni

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:40 AM

    tq berkongsi sama yer... pernah turut sama membantu urusan jenazah ni tp tidak sepenuhnya..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah walhamdulillah... ilmu yg bermanfaat yg tak semua org berpeluang mempelajarinya.. Tahniah Noe.. :)

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena