Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada n3 yang lepas (DI SINI), noe ada cerita Bob dan anak-anak balik kampung. Bila pulang dari kampung banyak bekalan yang dibawa dari sana. Selain lauk pauk dan kuih muih untuk berbuka puasa, Bob juga ada bawa buah-buahan tempatan. Buah-buahan ini hasil kutipan dari kampung Wan di Kampai, Jelebu. Buah-buahan yang ditanam sendiri.
Ada 2 buah kegemaran noe di situ..iaitu buah durian dan buah manggis. Dua-dua buah tu bilangannya dah berkurangan sebab dah banyak masuk dalam perut. Inilah untungnya bila ada tanah yang luas. Macam-macam boleh ditanam.
Tengok kat dalam raga bawah ni..ada tersesat buah bacang. Bob kata banyak tapi dia ambil sebiji je, yang lain bagi pada mak mertua. Bob ambil pun sebab nak buat sambal belacan bacang. Durian kat bawah ni serius sedap. Lemak yang amat.
Gambar kat bawah ni, mesti biasa korang tengokkan. Inilah buah Menia (orang perak panggil) atau buah kundang (orang nogori panggil). Buah ni agak masam tapi yang kuning tu ada gak yang manis. Noe kalau buah masam-masam ni kureng sikit.
Bob kata Wan ada terkenang aksi noe dan bob pasal buah kundang ni. Masa tu noe dan bob sampai rumah Wan...tapi Wan tak ada, pergi rumah jiran. Abang Ali bersama-sama dengan mak mertua noe pergi tengok Wan di rumah jiran. Masa ni Aya tak ada lagi. Kitaorg berdua bosan kut..tercangok jer...sudahnya kitaorg berdua panjat pokok kundang tu...siap ambil gambar lagi (gayat sungguh kau noe)...badan bukannya kecik2...duk panjat pokok tu... Bila Wan sampai, Wan tengok kasut ada kat bawah orang nya tak ado...kitaorg duk senyap2 je kat atas pokok tu. hehehehe...2 ekor monyet duduk kat atas pokok...terkejut Wan bila kitaorg panggil dari atas pokok...hehehe...bertuah punyo cucu...dah bertahun2 Wan masih ingat lagi.
Lama x tengok buah kundang tu... tadi masa sahur baru je layan duku hehee.. slmt berpuasa sis... layan cik epal kt promoted content sekali... :)
ReplyDeletewahhh sedap tu buah duku Khir...slmt berpuasa..
Deleteterima kasih :)
dulu masa kecik2 selalu jugak makan buah menia ni kat kg ada banyak...sekarang dah susah nak jumpa. anak2 kalau tgk pon mesti tak kenal .
ReplyDeletehehehe...kena cari n tunjuk kat anak tu KB...
DeleteHari tu ada jiran bg buah buahan. X termkan sbb bulan pose. Limited of time.
ReplyDeletehehehe...tul tu ana..umah noe tu pun ada lg buah2 tu...makan pun sikit je
Deletekita suka membangkakanb buahan luar negara patutnya buah tempatan kita harus banggakan
ReplyDeleteaah suri...buahan tempatan pun sedap dah byk khasiat juga
DeleteHaih kecur air liur... sedapnya semua buah2 ni...
ReplyDeletehehehe...klu dekat leh gak hulur2...
DeleteHahahha.. larat betul Noe memanjat pokok kundang tu ye..
ReplyDeleteAkak tu hari balik kg pun ambil buah rambutan..
Tengah rancak merah menyala..
Dah musim puasa pulak dia masak ranum kan..
hahahahaha...teringat zaman2 kecik2 la tu...
Deleteaah Kak yatie...bulan puasa ni plak byk yg masak nya
Buah kundang. Sedapnya noe. Dah lama tak makan buah nih.
ReplyDeleteaduhhh noe.. teringin plak nak makan buah manggis ni..mcm dah lama tak makan..hehe..
ReplyDeleteSedapnya buah-buahan tempatan..kundang tu susah nak dapatkan Noe..
ReplyDeleteRaya dari EuYan Sang...
ReplyDeleteBestnya nOe dpt suami ada dusun nk mkn balik petik je fresh dari pokok mcm Jm ni perlu ke pasar cari tu pun belum tentu sedap. Jm suka semua buah buahan tempatan kecuali kundang tu slow sikit rasa ngilu je gigi. Ishhh nk cari org ada dusun jgk lah dak pun org yg ada tanam pokok buah buahan temparan nih
ReplyDeletesalam noe ..
ReplyDeleteada orang hantar kt aby sebakul rambutan, manggis dan langsat ..
jenuh nak memperabis ..
musim buah, katakan
Baru semalam makan buah manggis..rambutan pn ada tapi tak makan takut batuk..hehehe.. mmg tgh musim kot skrg..=D
ReplyDeletesuka buah manggis.. kalau makan durian wajib makan manggis supaya badan sejuk. kang demam
ReplyDeleteBaru mkn manggis ..emmm mnis sungguh..
ReplyDeletemusim durian juga..
tkut nk mkn..musim pns gini
Bukan senang nak dpt cucu yg pandai manjat tu haha....untunglah Wan tu kiranya...
ReplyDeleteSatu benda je y buat saya kecur.. sambal belacan bacang! Aduh..
ReplyDeletecantik kaler rambutan tuh
ReplyDelete