...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, July 16, 2014

Suasana Menjelang Raya Di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Malam Isnin lepas, noe berkesempatan meronda-ronda di Jalan Chow Kit, Jalan TAR dan Dataran Merdeka. Pada masa tu jam sudah menunjukkan ke angka 12 lebih tengah malam. Tapi suasana di sana macam pukul 8 malam. Noe pusing jer, tak berhenti pun...sekadar menjamu mata. Gambar-gambar yang diambil dengan menggunakan kamera cap ayam bandar. Jangan pening lalat tengok gambar-gambar tu sudah lah. 

Mula-mula noe masuk Jalan Chow Kit...Kiri Kanan tepi jalan, penuh dengan peniaga dan juga pembeli. Jalan pun sesak. Orang selamba parking tepi jalan tu jer. Tu yang menyebabkan lagi sesak. 

Chow Kit Road

Chow Kit Road

Chow Kit Road

Kuih Raya Di Jalan Chow Kit
Byk Kuih Raya
Kemudian noe masuk Jalan TAR, lagi meriah..banyak kedai yang buka lagi...macam bukan pukul 12 lebih malam jer....orang yang pergi membeli belah pun ramai...

Bila menjelang raya, inilah suasana nya. Pukul 2/3 pagi masih lagi ada yang membeli belah.

Waktu Malam Di Kuala Lumpur
Kat lorong tu sesak




Jalan TAR
Sticker MCd tu dah dibuang...

Jalan TAR
Kedai Insaf ni sape yang datang terus insaf .. hehehe

Gambar bawah yang tak seberapa nak elok ni pula di Dataran Merdeka. Punya la ramai orang berkumpul .. jalan dari 3 lorong dah jadi 2 orang...pemandu2 duk selamba je parking kat tepi2 tu.


Waktu Malam Di Kuala Lumpur

Bila dah habis meronda...perjalanan pulang memakan masa yang lama sebabnya jalan jem teruk. Jalan ditutup sebab kerja-kerja MRT. Dah lama jem panjang...tiba-tiba arah nak ke Kajang tak boleh pulak...ada lencongan...lencongan tu pulak...beratur panjang lagi. Sudahnya tawaf ikut jalan jauh. 


16 comments:

  1. meriah raya..hihihihiihih :DD

    ReplyDelete
  2. KL ni lagi malam lagi meriah. Lagi2 time nak dekat2 raya. Lagilah. Ramai betul si pembeli belah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ana...dah macam siang je upanya

      Delete
  3. long journey lah jadinya ... dapat gak cuci mata di malam hari .

    ReplyDelete
  4. Sibukkan... lagi nak menjelang raya pasti lagi sibuk nanti.. kereta pun tak buleh jalan huhu... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu khir...klu nk g sana kena naik pengangkutan awam ler...sesak klu bawak kete

      Delete
  5. Bulan pose ni mmg x masuk kl la kak. Sesak sgt. Barang sume dah beli. X de nak shopping dah. Akk dah sip ke baju raya.

    ReplyDelete
  6. Wah... sibuknya... beli apa je noe?

    ReplyDelete
  7. Memang meriah. Tak sanggup nak ke sana.

    ReplyDelete
  8. Kita pun suka ronda-ronda KL waktu malam..suasana meriah...

    ReplyDelete
  9. Dgr jem je terus semput tak sanggup nk redah

    ReplyDelete
  10. jalan TAR memang meriah.. org nk membeli barang2 raya

    ReplyDelete
  11. Teringin nk ronda KL mlm Raya....tp tak pernah dpt...yelah...mlm Raya mesti sebok masak nak bawak rumah mertua...huhu

    ReplyDelete
  12. jalan tar memg sesak kan

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena