...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, November 13, 2019

Nasi Lemak Ikan Sembilang Di Lenggeng

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ada kawan-kawan yang pernah makan Nasi Lemak Ikan Sembilang? Nasi lemak ni antara nasi lemak kesukaan noe. Hanya boleh didapati di Pekan Lenggeng, Negeri Sembilan. Tempat lain noe tak pasti la.. setakat ni noe jumpa di tempat ini jer.

Minggu lepas noe berkesempatan untuk jejak ke sini. Masa pergi tu...sepanjang jalan hujan renyai-renyai jer.. gunung-ganang dilitupi dengan kabus ... sejuk dan aman damai rasanya. Sedamai hati nak menelan nasi lemak.. hihi.


Waktu Pagi Di Broga
Kabus Menyelubungi Gunung Ganang

Kedai ni betul-betul dalam Pekan Beranang.. pekan ni pun kecil jer...kedai betul2 di simpang jalan nak masuk ke Kuala Klawang. Ada dua tiga kedai kat sini tapi semua kedai ada jual Nasi Lemak Ikan Sembilang ni. Noe biasa singgah kedai yang ada jual roti canai. Kedai ni kalau datang hari minggu memang ramai yang datang.. pelbagai bangsa..geng2 basikal atau motor pun ramai yang singgah. 

Masa noe pergi tu waktu orang bekerja...maka tak ada la ramai. Sampai je terus ambil Nasi Lemak yang bawah ni. Nasi Lemak Ikan Sembilang masak sambal. Timun..telur tak ado yo... mamat peneman noe ni plak ambil kuih muih... noe suruh juga order roti canai. Nampak beno pelahap nya. Sekejap je noe selesai kan nasi lemak ni. Siap tanya mamat peneman noe tu.. ada tak Nasi Lemak Ikan Sembilang Masak Lemak... 


Nasi Lemak Beranang
Nasi Lemak Ikan Sembilang Masak Pedas

Mamat peneman noe tu.. pergi la ambil pulut bersama Ikan Sembilang Masak Lemak..lepas tu ada Nasi Lemak Ikan Sembilang Masak Lemak... special request.. bungkus dalam daun pisang juga... yang sedapnya Masak Lemak tu penuh dengan bunga kantan... faveret mamat tu...tapi memang sedap... tak pernah plak noe masak lemak letak bunga kantan... lepas ni boleh cuba...nasi lemak ni pun cepat je habis nya... licin...lapo.. hujan masih renyai2.. cuaca yang amat sesuai untuk makan dan makan..dan makan...

Nasi Lemak Beranang
Nasi Lemak Ikan Sembilang Masak Lemak

Perut ni macam ada bela hantu raya.. lapo lagi walaupun 2 bungkus nasi lemak dah wassalam. Maka makan pula roti canai.. pun sedap juga.. roti canai melayu tak sama mcm roti canai mamak. Roti Canai kat kedai ni... jauh lebih sedap... licin juga akhir nya... fuhhh baru ada rasa puas hati makan...

Lepas tu bungkus pula Nasi Lemak tu .. 2 bungkus. Kira2 semua tak sampai pun RM 13 .. murah ..noe order nescafe panas .. mamat tu kopi o panas.. puas hati walaupun agak jauh dari rumah.

Roti Canai Pekan Beranang
Roti Canai
Fikir makan je la kerja kau noe..
 

23 comments:

  1. xkisah apa pun dijudukan dgn nasi lemak semua sy bantai hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. peminat nasi lemak la ni... hihi

      Delete
    2. boleh kejung kalau x dpt nasi lemak hahahahahah

      Delete
  2. Tak pernah lagi makan nasi lemak ikan sembilang noe. Hehe... Benda² sedap bukan selalu boleh dapat. Takpela sekali sekala makan bertambah-tambah. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. seiring la dengan badan bertambah2..

      Delete
  3. Ikan sembilang ni ikan keli juga kan...lain tempat lain gelarannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke cikgu..bukan ke ikan keli dari sungai..sembilang dari laut.. rupanya mungkin agak sama..

      Delete
  4. Noe, ni kat Pekan Lenggeng kan? Jalan nak ke Jelebu tu...
    Kalau ke Jelebu tengok anak, selalu singgah kedai ni
    Nasi Lemak Ikan Sembilangnya memang terbaik.......
    Rendang Limpanya pun sedap.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Zana...hahaha...baru teringat pekan lenggeng..beranang pekan lg satu.. nak kena edit la ni...nasib baik Zana bgtau...salah bg info noe ni... tak pernah cuba lg rendang limpanya..

      Delete
  5. Boleh dikatakan setiap minggu jugak saya masak nasi lemak. Tak terpikir pulak nak dilawankan dengan ikan sembilang goreng. mesti mabeleskan

    ReplyDelete
  6. Alas daun pisang tu yang best.

    ReplyDelete
  7. kalau di kelate ni kita masak lemak ikan keli..bubuh daun kesom. perrghh! sedap tul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bubuh daun kesom?? boleh cuba ni... masak lemak letak daun kesom

      Delete
  8. now that looks good too

    ReplyDelete
  9. Ni pertama kali dgr nasi lemak ikan sembilang

    ReplyDelete
  10. nampak sedap sambalnya..gee tak pernah try nasi lemak ikan sembilang..hehe

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena