Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lama sungguh rasanya noe tak kemaskini blog ni. Sunyi sepi je dah ... ni cuba juga cari masa untuk bercerita.
Entri kali ni noe nak kongsi gambar tanaman yang terdapat di halaman rumah mak noe di kampung. Terdapat bunga-bungaan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tapi binatang pun ada dibela di halaman rumah mak ni. Kakak dan Abg ipar noe membela burung yang warna-warni tu.
Tanaman ni semua hasil tangan kakak dan mak noe. anak buah noe ada juga hasil tangan dia... sebab dia kadang2 ditugaskan untuk menjirus pokok2 ni dan juga memberi makan burung2 tu. Abg ipar noe pun terlibat juga .. dia di bahagian membuat para-para dan tempat sangkar burung tu. Kadang-kadang bagi makan burung2 tu.
Gambar bawah ni..semuanya pokok daun-daunan dan bunga-bungaan. Pokok kaktus pun ada. Pelbagai jenis kaktus.
Bunga-bungaan |
Gambar bawah ni juga banyak daun-daunan dan bunga-bungaan. Ada juga daun kucai tapi tidak kelihatan dalam gambar. Pokok kari pun ada. Besar dah pokok kari nya. Anak-anak pokok kari dah meronyut kat bawah pokok tu.
Bunga-bungaan |
Sayur-sayuran |
Tanaman untuk makan-makan |
Di bahagian tepi dinding rumah ni kelihatan pokok kunyit dan pokok bayam yang agak tak berapa nak sihat. Diabaikan agaknya...kesian dia.
Korang tau ke buah apa kat gambar bawah ni. Itu buah markisa yang tak masak lagi. Bila masak warnanya jadi ungu kalau tak silap. Bersama-sama pokok markisa tu ada pokok timun mini dan pokok daun kesum (orang perak panggil daun cendehum).... tapi tak kelihatan dalam gambar. Pokok bunga dan pokok puding pun kelihatan di situ. Bahagian belakang tu ada pokok ubi, serai dan nenas.
Buah-buahan |
Gambar bawah ni pula biasanya dijadikan tempat untuk semaian. Pokok bunga orkid dan pokok ubi pun kelihatan di situ.
Biasanya jadi tempat semaian |
Majoriti bunga-buangaan |
Pokok rambutan dan bunga-bungaan |
Kat atas noe ada bagitau kat halaman ini pun ada burung. Sangkar burung seperti di bawah ni. Sangkar ni abg ipar yang buat sendiri. Mula-mula kakak dan abg ipar bela sepasang je. Lama-lama dah beranak pinak. Dah berbelas ekor. cantik2 bulunya. Anak buah tugasnya bagi makan burung2 ni. Selain burung kat umah mak ni pun ada beberapa ekor kucing. Kebanyakan ahli keluarga noe..adalah peminat kucing. Kalau masa raya ada la yang angkut kucing masing2 balik kampung.
Burung2 comel |
Ini je yang noe nak kongsi apa yang terdapat di depan halaman rumah noe di kampung. Biasanya kalau balik mesti geram tengok tanam-tanaman ni...maka kadang angkut juga la sepasu dua.. bawa balik ke rumah.. hihi..
Rindu nak balik kampung. Kalau boleh nak duduk di kampung jer... tapi apa kan daya...
Sejuk mata memandang.
ReplyDeletekawasan kampung kan...
Deletei love greens
ReplyDeletelove greens 2 :)
Delete